HomeInfoAnugerah Kecemerlangan PERSADA FELDA (AKPF) 2024

Anugerah Kecemerlangan PERSADA FELDA (AKPF) 2024

Bersempena Hari Peneroka Felda 2024, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) membuka permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan bagi Anugerah Kecemerlangan PERSADA FELDA (AKPF).

Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi bagi graduan FELDA yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga aktif dalam kokurikulum, menunjukkan kepimpinan yang unggul, serta memberi sumbangan signifikan kepada masyarakat. 

Melalui Anugerah Kecemerlangan PERSADA FELDA (AKPF), graduan berpeluang untuk mendapat pengiktirafan yang dapat membuka lebih banyak peluang dalam kerjaya dan pengembangan diri.

Inisiatif Anugerah Kecemerlangan PERSADA FELDA (AKPF)

Anugerah Kecemerlangan PERSADA FELDA (AKPF) merupakan inisiatif berprestij di bawah Kluster 5: Pendidikan dan Kerjaya. 

Program ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada graduan ahli PERSADA yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik, kokurikulum, kepimpinan, serta aktiviti kemasyarakatan dan sosial. 

Melalui AKPF, graduan yang luar biasa akan dihargai dan disokong dalam mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengiktiraf pencapaian anda atau calon yang anda kenali.

10 graduan yang terbaik akan dipilih untuk menerima anugerah AKPF pada 13 Julai 2024 bersempena Hari Peneroka FELDA 2024.

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Julai 2024

Syarat Umum Anugerah Kecemerlangan PERSADA FELDA (AKPF)

Calon Anugerah Kecemerlangan PERSADA FELDA (AKPF) yang ingin menyertai atau mencalonkan diri untuk AKPF mestilah memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut:

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua graduan ahli PERSADA dari Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) berdaftar sahaja.
  2. Calon mestilah terdiri daripada warga FELDA yang terdiri daripada Anak Peneroka, Generasi Baharu, Anak Kakitangan dan Anak Petugas Kumpulan FELDA.
  3. Calon perlu mendapatkan pengesahan Pengurus Rancangan FELDA untuk pengesahan sebagai warga FELDA. ( Pengesahan Warga FELDA )
  4. Permohonan yang dihantar mestilah lengkap dan tepat. Jawatankuasa berhak menolak mana-mana permohonan yang didapati mengemukakan maklumat  yang meragukan.
  5. Calon mestilah bebas daripada tindakan disiplin dan tatatertib Universiti sepanjang pengajian.
  6. Calon-calon akhir yang berjaya akan dihubungi oleh Urusetia Anugerah Kecemerlangan.
  7. Jawatankuasa Anugerah berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak mengikuti atau mematuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan.
  8. Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD.

Syarat Khas Anugerah Kecemerlangan PERSADA FELDA (AKPF)

Calon Anugerah Kecemerlangan PERSADA FELDA (AKPF) yang ingin menyertai atau mencalonkan diri untuk AKPF mestilah memenuhi syarat-syarat khusus seperti berikut:

  1. Calon telah menamatkan pengajian (disahkan oleh senat universiti) dan konvokesyen pada tahun 2023 sahaja.
  2. Calon yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian secara sepenuh masa sahaja dibenarkan untuk memohon.
  3. Memperoleh Cumulative Grade Point Average (CGPA) 3.5 dan ke atas sahaja layak memohon.
  4. Penglibatan secara aktif dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan dan sosial sama ada peringkat Kebangsaan, Negeri, Universiti atau FELDA.
  5. Kepimpinan dalam Domain Kesukarelawan secara maksimum serta menunjukkan pencapaian cemerlang di peringkat FELDA, Universiti, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang melalui pautan https://tinyurl.com/2jn654hu atau imbas KOD QR yang tertera dalam poster di bawah

Poster Anugerah Kecemerlangan PERSADA FELDA (AKPF) 2024 menunjukkan maklumat penting mengenai permohonan, termasuk syarat-syarat, cara memohon, tarikh tutup permohonan 19 Jun 2024, dan QR kod untuk permohonan.

Bahagian dalam Borang Permohonan

  1. Bahagian A: Maklumat Pemohon
  2. Bahagian B: Maklumat Keluarga
  3. Bahagian C: Maklumat Pendidikan
  4. Bahagian D: Pencapaian
  5. Bahagian E: Biodata Ringkas
  6. Bahagian F: Pengakuan Pengesahan Maklumat

Dokumen yang Perlu Dilampirkan

  1. Salinan Kad Pengenalan (disahkan oleh pegawai awam Kumpulan Profesional)
  2. Resume
  3. Gambar berukuran passport
  4. Sijil Konvokesyen (disahkan oleh pegawai awam Kumpulan Profesional)
  5. Transkrip Akademik (disahkan oleh pegawai awam Kumpulan Profesional)
  6. Salinan sijil pengiktirafan /penghargaan/pencapaian/ laporan keratan akhbar/ majalah/ media/ video/ surat sokongan (jika ada) (disahkan oleh pegawai awam Kumpulan Profesional)

Info Lanjut

Untuk Keterangan Lanjut: Hubungi: 03-2191 2058 / 2225 / 2007

Sumber: FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments