HomeInfoPRK Dun Nenggiri: Tarikh Penamaan Calon & Tarikh Undi

PRK Dun Nenggiri: Tarikh Penamaan Calon & Tarikh Undi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengumumkan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri, Kelantan. 

PRK ini diadakan bagi mengisi kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan tersebut  selepas Speaker Negeri Kelantan Mohd Amar mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan setelah keahlian Mohd Azizi Abu Naim yang hilang daripada BERSATU.

Keputusan Undi Yang lalu

Pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Kelantan ke-15 (2023) yang diadakan pada 12 Ogos 2023, calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mohd Azizi Abu Naim (Parti BERSATU), menang dengan majoriti 810 undi.

Beliau memperoleh 6,517 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Bin Yusoff, yang mendapat 5,707 undi.

Keputusan Undi Yang lalu N.43 Nenggiri Kelantan

Tarikh-tarikh Penting PRK Dun Nenggiri

SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti berikut:

  • Tarikh Writ: 28 Jun 2024 (Jumaat)
  • Hari Penamaan Calon: 3 Ogos 2024 (Sabtu)
  • Hari Undi Awal: 13 Ogos 2024 (Selasa)
  • Hari Mengundi: 17 Ogos 2024 (Sabtu)
Tarikh-tarikh Penting PRK Dun Nenggiri

Tempoh Berkempen

Tempoh berkempen untuk PRK Dun Nenggiri ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 3 Ogos 2024 sehingga 11.59 malam, 16 Ogos 2024.

Permohonan Undi Pos

Permohonan undi pos bagi PRK Dun Nenggiri dibuka mulai 28 Jun 2024. Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:

  • Kategori 1A: Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media – Tarikh Tutup: 30 Julai 2024
  • Kategori 1B: Warganegara Malaysia di luar negara – Tarikh Tutup: 23 Julai 2024
  • Kategori 1C: Agensi / Organisasi – Tarikh Tutup: 23 Julai 2024

Permohonan undi pos boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal SPR di www.spr.gov.my.

Semakan Maklumat Pengundian

Pengundi boleh menyemak maklumat pengundian melalui;

  1. Portal https://mysprsemak.spr.gov.my,
  2. Hotline SPR di talian 03-8892 7218, atau
  3. Aplikasi MySPR Semak.

 Semakan dibuka pada 29 Julai 2024.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)

DPPR terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2024 yang dikemaskini sehingga 18 Jun 2024 akan digunakan. DPPR ini mengandungi 20,259 orang pemilih.

Permohonan Pemerhati

Maklumat lanjut dan borang permohonan untuk pemerhati boleh diperolehi daripada Portal SPR www.spr.gov.my mulai, 28 Jun 2024 (Jumaat) dan tarikh tutup permohonan pada 18 Julai 2024 (Khamis).

Kenyataan Media : Urusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang

Sumber: Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


Lihat Juga:
PRK Sungai Bakap: Senarai Calon & Semakan Undi 6 Julai 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments