HomePanduanPermohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Sesi 2025/2026

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Sesi 2025/2026

Sukacitanya permohonan kemasukan murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kalendar Akademik 2025/2026 dibuka mulai 1 Mac 2024. 

Bagi tujuan ini, kaedah permohanan boleh dibuat melalui secara dalam talian (online) atau secara manual.

Tempoh Permohonan

  • Secara Dalam Talian : 1 Mac 2023 hingga 30 April 2024.
  • Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2024.

Syarat Permohonan

Bagi permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM, syarat kelayakan adalah sebagaimana berikut;

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja 
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon. 

Ibubapa atau penjaga yang ingin memilih sekolah hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja ketika permohonan dibuat. 

Manakala pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad.

Cara Permohonan Prasekolah KPM

Kaedah permohonan kemasukan ke Kelas prasekolah KPM melalui dua  cara iaitu :

Permohonan Dalam Talian (online)

  • Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
  • Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
  • Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
  • Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
  • Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.

Permohonan dalam talian melibatkan beberapa proses bermula dari pendaftaran sehinggalah semakan keputusan sama ada permohonan kemasukan adalah berjaya atau sebaliknya.

Panduan Permohonan Prasekolah secara online (ePrasekolah)
Sumber: Manual Pengguna (Ibu Bapa/Penjaga) E-Prasekolah Versi 2024

Permohonan Secara Manual

  • Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
  • Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon. 
  • Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK). 
  • Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.  

Bagi permohonan secara manual juga, proses permohonan adalah sebagaimana infografik dibawah;

Panduan Permohonan Prasekolah secara manual
Sumber: Manual Pengguna (Ibu Bapa/Penjaga) E-Prasekolah Versi 2024

Pendaftaran Pengguna ePrasekolah (Online)

Sekiranya pemohon adalah kali pertama yang ingin  memilih untuk mendaftar secara atas talian, ikuti panduan berikut

  • Pengguna yang baru menggunakan sistem ePrasekolah perlu mendaftar terlebih dahulu.
  • Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
  • Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif

Semakan Keputusan

Semak keputusan permohonan kemasukan prasekolah tahun 2025 bermula 5 Ogos 2024 (tertakluk kepada pindaan).

Semakan secara online boleh dibuat melalui laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/

Manakala permohonan yang dibuat secara manual, semak keputusan permohonan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon.

Rayuan Permohonan 

  1. Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my  dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.
  2. Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan
  3. Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my  mulai 10 September 2024 (tertakluk kepada pindaan).
  4. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya

Panduan  Permohonan Rayuan

Permohonan Rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2024 (tertakluk kepada pindaan).

Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah (Pastikan id pengguna dan kata laluan yang diguna untuk membuat rayuan adalah id dan kata laluan yang sama semasa permohonan dibuat) atau melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau PPD/PPW/JPN.

Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa/penjaga melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD/PPW/JPN.

Tarikh-tarikh Penting Permohonan Prasekolah KPM 2025/2026

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi permohonan kemasukan Prasekolah KPM bagi sesi akademik 2025/2026

  • Permohonan Secara Online : 1 Mac 2023 hingga 30 April 2024 
  • Permohonan Secara Manual : 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2024
  • Semak Keputusan:  5 Ogos 2024
  • Rayuan: 5 Ogos hingga 20 Ogos 2024
  • Semakan Rayuan: 10 September 2024

*Semua tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, aduan atau ingin mengetahui info lanjut mengenai ePrasekolah;

  • Emelkan kepada [email protected] sekiranya anda mempunyai aduan berkenaan sistem ePrasekolah sila e . Sila nyatakan nombor MyKid anak dan nombor MyKad pemohon (Ibu Bapa/Penjaga) dalam email tersebut.

Bantuan Helpdesk 

  • Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah) 
  • Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah) 

Atau 

Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan melalui Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah 

MANUAL PENGGUNA (IBU BAPA/PENJAGA) SISTEM PERMOHONAN E-PRASEKOLAH

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan baru?

Klik pada BORANG PERMOHONAN PRASEKOLAH dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

Saya sudah isi borang permohonan dan telah sampai ke cetak permohonan, seterusnya apa yang perlu dilakukan?

Permohonan yang telah lengkap dan dicetak perlu diserahkan kepada prasekolah yang dipohon berserta dengan senarai semak yang dinyatakan didalam borang permohonan tadi.

Bagaimana saya nak tahu status permohonan saya? Sama ada diterima atau ditolak?

Status permohonan boleh disemak dengan klik pada butang SEMAK PERMOHONAN di ruang LAMAN PENGGUNA.

Jika permohonan tidak berjaya, bagaimana nak buat rayuan?

Untuk rayuan permohonan, sila klik butang RAYUAN PERMOHONAN apabila dimaklumkan kelak

Apakah langkah seterusnya bagi permohonan berstatus BERJAYA?

Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments