HomeInfoPertandingan Mewarna Merdeka 2024 | Menangi Hadiah Menarik!

Pertandingan Mewarna Merdeka 2024 | Menangi Hadiah Menarik!

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67, Syarikat Bina Paint menganjurkan PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA BINA PAINT 2024.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat patriotik dan kreativiti mewarna dalam kalangan rakyat Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2024.

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa had umur atau peralatan. 

Penyertaan perlu menggunakan bahan mewarna yang dicetak pada kertas bersaiz A4.

Jom korang serlahkan bakat masing-masing melalui pertandingan mewarna yang diadakan bersempena Bulan Kemerdekaan 2024 anjuran Bina paint ini.

Tarikh Tutup Penyertaan 

Tarikh akhir penyertaan adalah pada 30 SEPTEMBER 2024.

Syarat dan Terma Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
  2. Tiada had penyertaan, umur, atau peralatan mewarna.
  3. Mewarna perlu dilakukan pada kertas bersaiz A4.
  4. Sijil penyertaan tidak disediakan.
  5. Tarikh akhir penyertaan: 30 September 2024.

Cara Menyertai

Pertandingan Mewarna Terbuka Merdeka 67 Tahun Bina Paint

Cara penyertaan adalah seperti berikut :

  1. Scan QR code yang ada pada poster di bawah/atas atau klik link tersebut. ( https://drive.google.com/…/1eIIgobQi65LMAqhV6kT3Je…/view )
  2. Print bahan mewarna yang telah disediakan (bersaiz A4) & warnakan.
  3. Setelah selesai mewarna, ambil gambar hasil mewarna anda dengan kualiti yang baik (jelas).
  4. Kemudian scan QR Code yang tertera pada belah kiri helaian kertas mewarna anda menggunakan telefon bimbit & anda akan terus dibawa ke whatsapp admin Bina Paint.
  5. Terus hantarkan gambar hasil mewarna yang telah anda tangkap sebentar tadi beserta nama peserta kepada admin tanpa perlu menunggu apa-apa arahan.

Hadiah Menarik Pertandingan Mewarna Merdeka Bina Paint

Pertandingan ini bukan sahaja memberikan peluang kepada anda untuk menonjolkan bakat masing-masing, tetapi juga memberi peluang untuk meraih hadiah tunai yang menarik.

Bina Paint telah menyediakan hadiah wang tunai untuk para pemenang. 

Tujuh pemenang dengan hasil mewarna paling cantik akan menerima wang tunai bernilai RM100 setiap seorang! 

Jangan lepaskan peluang ini, sertai sekarang dan tonjolkan semangat patriotisme anda melalui kreativiti!

Tips Mewarna Menarik

Untuk meningkatkan peluang anda memenangi Pertandingan Mewarna Merdeka BINA PAINT 2024, berikut adalah beberapa tips mewarna yang boleh membantu anda menonjolkan kreativiti masing-masing

  1. Gunakan Warna-Warna Patriotik: Pilih warna yang melambangkan semangat kebangsaan seperti merah, putih, biru, dan kuning. Gabungan warna-warna ini boleh menonjolkan elemen kemerdekaan dalam hasil mewarna anda.
  2. Tona Warna dan Gradasi: Teknik gradasi warna, di mana satu warna beransur-ansur bertukar kepada warna lain, boleh memberi dimensi dan kedalaman pada lukisan anda. Ini juga memberikan hasil akhir yang lebih profesional dan menarik perhatian.
  3. Pastikan Kemas dan Rapi: Garis-garis yang kemas dan penggunaan warna yang rata tanpa kesan calitan yang kasar akan menambahkan nilai estetika kepada karya anda. Sentiasa gunakan alat mewarna yang sesuai seperti pensil warna, crayon, atau cat air, bergantung kepada kesan yang ingin dicapai.
  4. Pencahayaan dan Fotografi: Apabila mengambil gambar hasil mewarna, pastikan pencahayaan cukup terang dan gunakan latar belakang yang neutral. Ini akan memastikan hasil mewarna anda kelihatan jelas dan menarik apabila dihantar kepada juri.
  5. Tambahkan Sentuhan Kreatif: Jangan takut untuk menambah elemen tambahan seperti bayang-bayang atau tekstur untuk memberikan hasil mewarna anda lebih kehidupan. Gunakan kreativiti anda untuk menonjolkan sesuatu yang unik dalam karya anda.
  6. Perhatikan Detail Kecil: Perincian kecil seperti penggunaan titik atau garis halus boleh menambah kehalusan pada lukisan anda. Pastikan setiap bahagian diwarnakan dengan teliti untuk menunjukkan usaha dan dedikasi anda.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini ikuti Facebook BINA PAINT.


Lihat Juga:
– Aktiviti Kemerdekaan 2024: Contoh & Idea Menarik Untuk Sekolah
– Aktiviti Mewarna Bunga Raya Bersempena Hari Kemerdekaan 
– Mewarna Merdeka 2024: Poster & Template Malaysia Madani 
– Contoh Aktiviti Kemerdekaan Prasekolah Untuk Tadika dan Pasti

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments