Bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024, Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menganjurkan pertandingan fotografi kemerdekaan bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”.
Penyertaan ini dibuka sehingga 23 Ogos 2024 kepada semua penjawat awam yang berkhidmat di negeri Perak Darul Ridzuan bertujuan memeriahkan lagi hari kebangsaan pada tahun ini.
Hadiah berupa wang tunai menanti pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati.
Jadi jangan lepaskan peluang, serlahkan rasa cinta kepada negara dan berpeluang menangi hadiah menarik yang di tawarkan.
Tarikh-Tarikh Penting Penyertaan
- Tarikh pelaksanaan hebahan/penyertaan: Mulai 16 Julai 2024
- Tarikh tutup penyertaan: 23 Ogos 2024
- Tarikh penilaian: 27 Ogos 2024
- Tarikh keputusan diumumkan: 31 Ogos 2024
Syarat Penyertaan
Berikut merupakan syarat penyertaan yang telah ditetapkan untuk pertandingan fotografi kemerdekaan bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak;
Setiap individu hanya boleh menghantar hanya satu (1) penyertaan sahaja.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua penjawat awam di negeri Perak Darul Ridzuan.
- Bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”.
- Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan dan dihantar kepada [email protected].
- Gambar yang dikemukakan mestilah asli yang diambil sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).
- Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
- Gambar yang dihantar tidak boleh mengandungi sebarang elemen atau unsur-unsur negatif dan menyalahi undang-undang seperti mana termaktub dalam Akta 414 dan berdasarkan kandungan buku Menghormati Lambang-Lambang Kebesaran Negara.
- Setiap penyertaan perlu disertai dengan penerangan yang jelas dan tepat merujuk kepada situasi di gambar tersebut (tidak melebihi 50 patah perkataan).
- Penyertaan yang tidak menepati syarat akan ditolak.
Tema Hari Kebangsaan 2024
“Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” telah dipilih untuk tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024
Berikut merupakan penjelasan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.
Hak Cipta dan Penilaian
- Kesemua penyertaan adalah menjadi hak milik pihak penganjur.
- Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedar, menyunting dan menayangkan mana-mana hasil karya penyertaan untuk sebarang tujuan.
Keputusan Pertandingan
- Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dilayan.
- Pemenang akan diumumkan secara rasmi oleh urus setia pertandingan di media sosial rasmi Facebook dan Instagram Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Hadiah Pertandingan
Tempat | Wang Tunai |
Johan | RM1,500 |
Naib Johan | RM1,000 |
Ketiga | RM800 |
Saguhati | RM500 |
Saguhati | RM500 |
Cara Penyertaan
Untuk menyertai pertandingan ini, lengkapkan borang penyertaan;
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdEXaHamqT5GNorGpEjoXVgmTKMdQ4ywfxH5-8M0Ar1VWPnUQ/viewform?usp=sf_link&lsrp=1
Peserta boleh menghantar gambar secara emel kepada [email protected]
Anda juga boleh scan kod QR melalui iklan di bawah atau lihat maklumat lanjut melalui link Google Drive berikut;
Pertanyaan
Hubungi BAHAGIAN KORPORAT SUK PERAK melalui maklumat berikut;
Pertanyaan & Penyertaan :
- TEL: 05-209 5000 SAMB 5496
: 011-3331 1420 (Cik Qistina) - FAX:05-255 5026
Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak
Lihat Juga:
– Contoh Aktiviti Kemerdekaan Prasekolah Untuk Tadika dan Pasti
– Tema & Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2024