HomePendidikanPermohonan Kolej Yayasan Saad (KYSM) Bagi Tingkatan 1 2026

Permohonan Kolej Yayasan Saad (KYSM) Bagi Tingkatan 1 2026

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kolej Yayasan Saad Melaka  (KYSM) mempelawa murid-murid darjah 6 Tahun 2025 memohon kemasukan ke Tingkatan 1 KYSM bagi sesi persekolahan Tahun 2026.

KYSM adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang menawarkan Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia bersama dengan pelbagai nilai tambah dalam silibusnya.

Cara Permohonan Online KYSM 2026

Permohonan hanya secara dalam talian melalui pautan: https://admission.kysm.edu.my

Sediakan dokumen berikut:

  • Maklumat biasiswa adik-beradik (jika berkaitan).
  • Pekerjaan & pendapatan ibu bapa terkini.
  • Slip gaji terkini/e-LHDN disahkan majikan atau surat akuan pendapatan disahkan Pesuruhjaya Sumpah.
  • Keputusan UASA Tahun 6 (format PDF).
  • Penglibatan kokurikulum (jika ada).

Tarikh Tutup Permohonan KYSM 2026

  • Permohonan Tingkatan 1 (biasiswa): Tutup pada 11 Oktober 2025.
  • Permohonan Tingkatan 1 – 5 (pembiayaan sendiri): Dibuka sepanjang tahun.

Pusat Ujian Kemasukan KYSM (25 Oktober 2025)

  • Ipoh, Perak
  • Kuantan, Pahang
  • Kota Bharu, Kelantan
  • Johor Bahru, Johor
  • Alor Setar, Kedah
  • KYSM, Melaka
  • Kepala Batas, Pulau Pinang
  • Sabah (Online)
  • Sarawak (Online)
  • Kuala Terengganu, Terengganu
  • KL East, Kuala Lumpur

Syarat Kemasukan Tingkatan 1 (Biasiswa Yayasan Dayadiri)

  • Mendapat 4A atau TP6 dalam BM, BI, Matematik & Sains (UASA Tahun 6).
  • Cemerlang dalam akademik semasa sekolah rendah.
  • Aktif kokurikulum.
  • Sihat tubuh badan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Keluarga Bumiputera B40 (pendapatan ≤ RM5,250).
  • Wajib menduduki Ujian Saringan KYSM (25 Okt 2025).
  • Hadir Program Pemilihan Berasrama (RBS) RBS1 (19-21 Dis) atau RBS2 (22-24 Dis).

Syarat-syarat Kemasukan ke KYSM

Tingkatan 1 (Biasiswa Penuh KYSM)

  • Mendapat 4A atau TP6 dalam BM, BI, Matematik & Sains (UASA Tahun 6).
  • Cemerlang akademik sepanjang sekolah rendah.
  • Sihat tubuh badan.
  • Keluarga B40 (pendapatan ≤ RM5,250).
  • Wajib Ujian Saringan KYSM dan Program RBS (tarikh sama seperti di atas).

Syarat Kemasukan Tingkatan 1 (Pembiayaan Sendiri)

  • Cemerlang akademik.
  • Aktif kokurikulum.
  • Sihat tubuh badan.
  • Wajib Ujian Saringan KYSM (25 Okt 2025) dan Program RBS (Disember 2025).

Syarat Kemasukan Tingkatan 2 – 5 (Pembiayaan Sendiri)

  • Cemerlang dan konsisten dalam akademik.
  • Aktif sukan & kokurikulum.
  • Sihat tubuh badan.
  • Wajib menduduki ujian & temu duga di KYSM pada 29 Nov 2025 atau tarikh ditetapkan.

Semakan Tawaran Kemasukan KYSM 2026

Keputusan tawaran kemasukan akan dimaklumkan secara berperingkat mulai 9 Januari 2026 melalui e-mel.

Untuk sebarang pertanyaan:

  • Pejabat Pentadbiran: 014-400 3157
  • Hal Ehwal Pelajar: 010-546 3157
  • Jabatan Pemasaran: 019-222 3157
  • Emel: [email protected]

Pengenalan Kolej Yayasan Saad (KYSM)

  • Sejarah: KYSM mula beroperasi pada 25 Jun 1995 sebagai sekolah berasrama penuh yang menawarkan Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia.
  • Lokasi: Terletak di Ayer Keroh, Melaka, kampus ini dikelilingi oleh kehijauan yang menjadikannya kondusif untuk pembelajaran dan kehidupan.

Pencapaian KYSM dalam Keputusan SPM 2024

Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) sekali lagi membuktikan kecemerlangan akademiknya apabila tersenarai dalam kelompok 10 sekolah terbaik Malaysia berdasarkan keputusan SPM 2024

Dengan mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.24, KYSM mengekalkan reputasinya sebagai sekolah swasta berprestasi tinggi dan kompetitif setaraf dengan sekolah berasrama penuh terkemuka seperti SBP dan MRSM.

Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan KYSM dalam melahirkan pelajar cemerlang yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan.

Senarai 30 Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2024 Mengikut GPS

Pendidikan di KYSM

  • Pendekatan Pendidikan: Menawarkan pendidikan yang inklusif, memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi diri, dan mengutamakan merit dan pencapaian.
  • Kurikulum: Gabungan kurikulum kebangsaan dengan penambahan nilai melalui program akademik, pembangunan karakter, kecekapan sukan, dan pendidikan muzik.
Kurikulum Kolej Yayasan Saad

Aktiviti Pelajar

  • Aktiviti Kokurikulum: Meliputi pandu puteri, menyelam skuba, berenang, ragbi, taekwondo, bola jaring, olahraga dan lain-lain
  • Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling: Menyediakan panduan kerjaya dan kaunseling untuk membantu pelajar mengenali diri dan kecenderungan kerjaya.
Aktiviti Pelajar KYSM

Fasiliti di KYSM

  • Kemudahan: Terdapat pelbagai kemudahan seperti studio muzik, kolam renang, surau, bilik seni, makmal komputer, dewan besar, makmal sains, fasiliti sukan dan lain-lain
  • Pusat Sumber: Menyediakan sumber pembelajaran yang pelbagai untuk menyokong pembelajaran pelajar.
Fasiliti di KYSM
Lain-Lain Fasiliti di Kolej Yayasan Saad Melaka

Maklumat dan Info Lanjut

Hubungi KYSM;

  • Alamat: Lot 9808, Ayer Keroh Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah, 76100 Melaka.
  • Website: www.kysm.edu.my
  • Telefon: 014-400 3157 / 06-233 8384
  • Email[email protected]

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Kolej Yayasan Saad (KYSM) dan mengikuti aktiviti serta pencapaian mereka, anda boleh mengikuti akaun media sosial rasmi mereka melalui pautan berikut:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments