HomeInfoKenaikan Gaji Penjawat Awam 2024: Intipati & Kalkulator SSPA

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024: Intipati & Kalkulator SSPA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan secara rasmi kenaikan gaji penjawat awam dengan penekanan kepada aspek prestasi, disiplin, dan ketangkasan. 

Kenaikan gaji ini adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasa rakyat melalui kerangka Ekonomi MADANI. 

Beliau menegaskan bahawa setelah 12 tahun, semakan gaji perlu dilakukan agar gaji penjawat awam selaras dengan keadaan semasa. 

Ini juga adalah sebahagian daripada reformasi besar dalam sektor awam untuk meningkatkan motivasi dan produktiviti.

Pengumuman Kenaikan Gaji Penjawat Awam dalam MAPPA Ke-19

Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam MAPPA kali ke-19 ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam yang berlandaskan kepada prestasi, disiplin, dan ketangkasan. 

Kenaikan gaji ini melibatkan pelarasan sebanyak 15% bagi pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) menerima pelarasan sebanyak 7%.

Pelaksanaan_Gaji_SSPA_1

Kenaikan ini dilihat sebagai langkah penting untuk menyemangati kerangka besar reformasi pasukan penjawat awam dan untuk memastikan gaji penjawat awam yang setimpal dengan keadaan semasa.

Selain itu, pelarasan pencen juga diumumkan, yang akan diselaraskan berdasarkan gaji hakiki penjawat awam sebelum bersara, memastikan pesara juga tidak terjejas oleh perubahan ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa kenaikan gaji ini adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasa rakyat melalui konsep Ekonomi MADANI, yang turut mencakupi kebajikan penjawat awam.

penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.

Perdana Menteri juga berharap kenaikan gaji ini dapat meningkatkan motivasi penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan menjadikan budaya dan etika baru kerja sebagai asas dalam usaha melonjakkan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Dengan pengumuman ini, kerajaan mengharapkan penjawat awam dapat mencerna dan merealisasikan budaya kerja yang lebih berfokus pada prestasi tinggi dan tanggungjawab, selaras dengan matlamat utama pembangunan negara.

Intipati Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) 2024

Berikut merupakan antara intipati MAPPA 2024;

  1. Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA):
    • SSPA menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember 2024.
  2. Pelarasan Gaji SSPA:
    • Pelarasan gaji sebanyak 15% untuk Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan Profesional.
    • Pelarasan gaji sebanyak 7% untuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
  3. Bantuan Sara Hidup (BSH):
    • Bantuan dinaikkan dari RM300 kepada RM500 sebulan bagi veteran ATM yang tidak berpencen dan layak.
  4. Peningkatan Pelaburan:
    • RM83.7 bilion dicapai dalam tempoh Januari-Mac 2024 kerana khidmat cemerlang penjawat awam.
  5. Julat Peningkatan Pendapatan:
    • Peningkatan pendapatan penjawat awam antara 16.8% hingga 42.7%, termasuk faedah berganda.
  6. Pengiktirafan Kepakaran:
    • Diberikan kepada pegawai berkelayakan sebagai Subject Matter Expert (SME) untuk meningkatkan profesionalisme.
  7. Pelarasan Gaji dalam Dua Fasa:
    • Fasa 1 (1 Disember 2024): 8% untuk Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan Profesional, 4% untuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    • Fasa 2 (1 Januari 2026): 7% untuk Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan Profesional, 3% untuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
  • Inti Pati Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) | 16 Ogos 2024, Jumaat | Bahagian 1
  • Inti Pati Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) | 16 Ogos 2024, Jumaat | Bahagian 2
  • Inti Pati Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) | 16 Ogos 2024, Jumaat | Bahagian 3
  • Inti Pati Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) | 16 Ogos 2024, Jumaat | Bahagian 4
  • Inti Pati Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) | 16 Ogos 2024, Jumaat | Bahagian 5
  • Inti Pati Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) | 16 Ogos 2024, Jumaat | Bahagian 6
  • Inti Pati Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) | 16 Ogos 2024, Jumaat | Bahagian 7

Pelarasan Gaji dan Fasa Pelaksanaan

Kenaikan gaji penjawat awam ini akan dilaksanakan dalam dua fasa. 

Fasa pertama akan bermula pada 1 Disember 2024, di mana penjawat awam dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima kenaikan sebanyak 8%, manakala KPT akan menerima kenaikan sebanyak 4%. 

Fasa kedua pula akan bermula pada 1 Januari 2026, dengan tambahan kenaikan sebanyak 7% untuk Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan 3% untuk KPT. 

Fasa_Pelaksanaan_Gaji_SSPA

Secara keseluruhan, ini menjadikan jumlah pelarasan gaji sebanyak 15% bagi kumpulan pertama dan 7% bagi kumpulan kedua.

Kerajaan berharap pelarasan ini bukan sahaja akan memberi motivasi kepada penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada negara, tetapi juga membantu mereka dalam menghadapi cabaran inflasi yang melambung tinggi. 

Sebagai perbandingan, dalam tempoh 12 tahun sebelum ini, penjawat awam hanya menerima kenaikan gaji sebanyak 5.8%, sedangkan kadar inflasi telah meningkat sebanyak 21%.

Maksud Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah mekanisme yang digunakan oleh kerajaan untuk menentukan gaji, elaun, dan faedah lain yang diterima oleh penjawat awam. 

Sistem ini direka untuk memastikan gaji yang adil dan kompetitif bagi semua penjawat awam berdasarkan gred jawatan dan tanggungjawab mereka. 

SSPA juga memainkan peranan penting dalam menentukan pelarasan gaji yang diumumkan dari semasa ke semasa, termasuk pelarasan gaji terbaru yang diumumkan pada tahun 2024.

Dengan menggunakan SSPA, kerajaan dapat memastikan bahawa setiap penjawat awam menerima ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan, sambil memastikan bahawa faedah yang diterima oleh penjawat awam setanding dengan sektor swasta. 

Ini adalah penting dalam menarik dan mengekalkan bakat dalam sektor awam, serta memastikan bahawa penjawat awam dapat mengekalkan taraf hidup yang baik.

Gaji Hakiki dan Maksud Gaji Hakiki

Dalam konteks SSPA dan pelarasan gaji penjawat awam, “gaji hakiki” merujuk kepada gaji pokok yang diterima oleh seorang penjawat awam berdasarkan gred jawatannya, tanpa mengambil kira sebarang elaun atau imbuhan tambahan. Gaji hakiki ini adalah asas kepada pengiraan pelarasan gaji dan pencen yang diumumkan oleh kerajaan.

Sebagai contoh, jika seorang penjawat awam dalam Gred G11 menerima gaji hakiki sebanyak RM1,795 pada 30 November 2024, maka selepas pelarasan gaji Fasa 1 pada Disember 2024, gajinya akan meningkat kepada RM2,115. Manakala pada Fasa 2 yang akan bermula pada 1 Januari 2026, gaji hakiki penjawat awam tersebut akan meningkat lagi kepada RM2,327.

Oleh itu, penjawat awam perlu tahu jumlah gaji hakiki mereka dan bagaimana ia akan dipengaruhi oleh pelarasan yang diumumkan.

Kalkulator Gaji Penjawat Awam SSPA

Kalkulator Gaji SSPA

Untuk membantu penjawat awam mengira anggaran gaji mereka selepas pelarasan, kerajaan telah menyediakan alat yang dikenali sebagai “Kalculator Gaji SSPA”. 

Kalkulator ini boleh diakses melalui laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

Panduan Penggunaan Kalkulator Gaji SSPA

Kalkulator Gaji SSPA

Sekiranya anda ingin menggunakan kalkulator ini, anda boleh akses terus ke laman yang disediakan melalui URL yang tertera atau anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Masukkan Gaji Hakiki: Isikan jumlah gaji anda pada 30 November 2024 dalam ruangan yang disediakan.
  2. Pilih Kumpulan Perkhidmatan: Pilih kumpulan perkhidmatan anda daripada senarai yang disediakan.
  3. Pilih Gred Jawatan: Pilih gred jawatan anda.
  4. Klik ‘Kira’: Klik butang ‘Kira’ untuk mendapatkan anggaran gaji selepas pelarasan.

Contoh Simulasi Jumlah Peningkatan Pendapatan Bulanan

Berdasarkan pelarasan gaji yang diumumkan dalam MAPPA ke-19, berikut adalah simulasi peningkatan jumlah pendapatan bulanan bagi beberapa kategori penjawat awam. 

Contoh_Simulasi_Jumlah_Peningkatan_Pendapatan_Bulanan

Simulasi ini menunjukkan perubahan pendapatan dari November 2024 hingga Januari 2026 melalui dua fasa pelarasan gaji:

  1. Pembantu Hidupan Liar Gred G11:
    • Pendapatan Bulanan (November 2024): RM1,795.00
    • Pendapatan Bulanan Fasa 1 (Disember 2024): RM2,115.00
    • Pendapatan Bulanan Fasa 2 (Januari 2026): RM2,327.00
  2. Jururawat Gred U29:
    • Pendapatan Bulanan (November 2024): RM2,457.00
    • Pendapatan Bulanan Fasa 1 (Disember 2024): RM2,697.00
    • Pendapatan Bulanan Fasa 2 (Januari 2026): RM2,994.74
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (T5):
    • Pendapatan Bulanan (November 2024): RM3,838.00
    • Pendapatan Bulanan Fasa 1 (Disember 2024): RM4,085.04
    • Pendapatan Bulanan Fasa 2 (Januari 2026): RM4,559.24
  4. Prebet (Askar) Gred ZA1:
    • Pendapatan Bulanan (November 2024): RM2,379.00
    • Pendapatan Bulanan Fasa 1 (Disember 2024): RM2,619.00
    • Pendapatan Bulanan Fasa 2 (Januari 2026): RM2,857.63
  5. Konstabel Polis Gred YA1:
    • Pendapatan Bulanan (November 2024): RM2,256.00
    • Pendapatan Bulanan Fasa 1 (Disember 2024): RM2,496.00
    • Pendapatan Bulanan Fasa 2 (Januari 2026): RM2,726.02

Nota: Pendapatan bulanan ini merangkumi gaji pokok dan elaun, namun tidak termasuk elaun khusus. Simulasi ini memberikan gambaran jelas tentang peningkatan pendapatan yang boleh dijangka oleh penjawat awam selepas pelarasan gaji dilaksanakan.


Lihat Juga:
Program Madani Rakyat Zon Selatan (15 hingga 17 Ogos 2024)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments