Karnival Jom Masuk U kembali lagi pada tahun ini. Ini merupakan acara wajib bagi ibu bapa atau anak-anak dapatkan maklumat tepat tentang pengajian selepas SPM.
Selain itu, antara aktiviti menarik yang disediakan sepanjang karnival Jom Masuk U termasuk pameran, sesi konsultasi UPUOnline, serta konsultasi mengenai penajaan, biasiswa, pinjaman, dan bantuan kewangan pendidikan tinggi.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini.
Tarikh dan Jadual Karnival Jom Masuk U 2025
Jelajah Jom Masuk U 2025 di 10 Zon seluruh negara akan bermula pada 22 Februari hingga 18 Mei 2025, menawarkan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Program ini akan diadakan di lokasi strategik di setiap zon, termasuk Pahang, Sabah, Sarawak, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Selangor, dan Perak.

Zon Timur I
- Lokasi: Kuantan, Pahang
- Tarikh: 22 & 23 Februari 2025
- Waktu: 9:00 pagi hingga 5:00 petang
- Tempat: Grand Hall, Office of Campus Director, UIAM Kuantan

Jelajah Jom Masuk U 2025 bagi Zon Timur I akan berlangsung di Kuantan, Pahang pada 22 dan 23 Februari 2025 bertempat di Grand Hall, Office of the Campus Director, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Kuantan. Program ini akan berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
Majlis perasmian bagi zon ini akan disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mewakili Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Program ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pelajar dan pengunjung, termasuk:
- Pameran reruai dan sesi konsultasi mengenai kemasukan ke IPTA dan IPTS.
- Taklimat UPU Online bagi memberi panduan lengkap mengenai proses permohonan ke institusi pendidikan tinggi.
- Lawatan ke Galeri Kulliyyah of Medicine untuk memberi pengalaman langsung kepada pelajar mengenai bidang perubatan.
- Pameran Robotik, ICT dan EduExplore yang memperkenalkan teknologi dan inovasi terkini dalam pendidikan.
- Promosi dan penerangan IPTA/IPTS bagi memberi maklumat lanjut mengenai program pengajian dan institusi pendidikan yang ditawarkan.
- Bonanza cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir ke program ini.
- Gerai jualan yang menyediakan pelbagai keperluan dan informasi tambahan.

Khidmat Nasihat Program Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Salah satu tarikan utama program ini ialah Khidmat Nasihat Program Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pelajar yang bercadang untuk memohon biasiswa atau tajaan pendidikan boleh mendapatkan informasi dan bimbingan terus daripada pegawai JPA.
Ini adalah peluang terbaik bagi mereka yang ingin memahami lebih lanjut mengenai skim penajaan, syarat kelayakan, serta bidang pengajian yang ditawarkan di bawah program tajaan kerajaan.

Zon Sabah I
- Lokasi: Sandakan, Sabah
- Tarikh: 19 & 20 April 2025
- Tempat: Kompleks Sukan Sandakan
Zon Timur II
- Lokasi: Kuala Nerus, Terengganu
- Tarikh: 19 & 20 April 2025
- Tempat: UniSZA, Kampus Gong Badak
Zon Sarawak I
- Lokasi: Bintulu, Sarawak
- Tarikh: 26 & 27 April 2025
- Tempat: Boulevard Shopping Mall, Bintulu
Zon Utara
- Lokasi: Gelugor, Pulau Pinang
- Tarikh: 26 & 27 April 2025
- Tempat: Dewan Utama Pelajar, USM, Pulau Pinang (Kampus Induk)
Zon Selatan
- Lokasi: Ayer Keroh, Melaka
- Tarikh: 3 & 4 Mei 2025
- Tempat: Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Zon Sarawak II
- Lokasi: Kuching, Sarawak
- Tarikh: 3 & 4 Mei 2025
- Tempat: Mydin Vista Tunku, Kuching
Zon Tengah II
- Lokasi: Bangi, Selangor
- Tarikh: 10 & 11 Mei 2025
- Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Kampus Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Zon Sabah II
- Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah
- Tarikh: 10 & 11 Mei 2025
- Tempat: Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Zon Tengah I
- Lokasi: Manjung, Perak
- Tarikh: 17 & 18 Mei 2025
- Tempat: Dewan Merdeka, Pusat Konvensyen, Manjung
Tarikan Utama Jom Masuk U
Program Jom Masuk U 2025 menawarkan pelbagai tarikan utama yang direka khusus untuk membantu pelajar merancang masa depan akademik mereka.
Antara tarikan utama termasuk:
Pameran Pendidikan
Menampilkan penyertaan daripada Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti, dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi. Pelajar berpeluang mendapatkan maklumat terperinci mengenai program pengajian yang ditawarkan oleh pelbagai institusi ini.
Sesi Konsultasi UPUOnline
Menyediakan bimbingan langsung mengenai proses permohonan kemasukan ke IPT melalui platform UPUOnline. Pegawai bertugas akan membantu pelajar memahami syarat kelayakan, prosedur permohonan, dan tarikh penting yang perlu diambil perhatian.
Khidmat Nasihat Penajaan dan Biasiswa
Pelajar boleh berinteraksi dengan wakil daripada agensi penajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), PTPTN, dan MARA untuk mendapatkan maklumat mengenai biasiswa, pinjaman pendidikan, dan bantuan kewangan lain yang tersedia.
Aktiviti Interaktif dan Pameran Teknologi
Beberapa lokasi akan menganjurkan pameran robotik, ICT, dan EduExplore yang memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka teknologi terkini dalam bidang pendidikan.
Lawatan Edukatif
Di sesetengah zon, pelajar berpeluang melawat fasiliti akademik seperti galeri perubatan dan makmal universiti untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai persekitaran pembelajaran di IPT.
Cabutan Bertuah dan Gerai Jualan
Pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah serta menikmati pelbagai gerai jualan yang menawarkan produk pendidikan dan keperluan pelajar.
Info Lanjut
Untuk info lanjut dan maklumat terkini, ikuti sosial media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berikut;
- Facebook: Kementerian Pendidikan Tinggi
- Instagram: @mohe.official
- Twitter: @MOHEOfficial
- TikTok: @mohe.official
- Laman Web: https://www.mohe.gov.my/