HomeInfoHari Bapa 2024: Tarikh, Hukum, Contoh Ucapan Dan Quote

Hari Bapa 2024: Tarikh, Hukum, Contoh Ucapan Dan Quote

Hari Bapa adalah sambutan untuk menghormati bapa atau ayah dan meraikan peranan mereka dalam keluarga dan masyarakat. 

Berbeza dengan Hari Ibu, sambutan Hari Bapa sedikit kurang di sambut di Malaysia bahkan seluruh dunia. Namun begitu, masih ramai yang tetap menghargai hari tersebut dengan memberikan atau ucapan kasih sayang kepada bapa mereka.

Ada yang meluangkan masa istimewa bersama keluarga di rumah atau keluar untuk meraikan. Mereka menghargai peranan dan pengorbanan seorang ayah atau bapa dalam kehidupan mereka.

Sejarah Sambutan Hari Bapa

Hari Bapa diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20 oleh Sonora Smart Dodd dari Spokane, Washington. Ia bertujuan untuk melengkapi Hari Ibu dalam meraikan peranan bapa dan ayah dalam keluarga. 

Sambutan pertama diadakan pada 19 Jun 1910 di Spokane YMCA untuk menghormati bapanya, seorang veteran Perang Saudara yang membesarkan enam anak secara bersendirian. 

Sambutan ini pada mulanya tidak begitu berjaya dan kurang dikenali sehingga Dodd kembali mempromosikannya pada tahun 1930-an dengan bantuan kumpulan perdagangan.

Pada tahun 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengeluarkan proklamasi presiden pertama yang menetapkan Ahad ketiga dalam bulan Jun sebagai Hari Bapa. 

Enam tahun kemudian, pada 1972, Presiden Richard Nixon menjadikannya cuti kebangsaan tetap. Selain di Amerika Syarikat, sambutannya kini disambut di banyak negara lain untuk menghormati peranan dan pengorbanan bapa dalam keluarga dan masyarakat.

Hukum Sambutan dan Meraikan Hari Bapa

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sambutan Hari Bapa dibenarkan jika dianggap sebagai adat menghormati bapa, bukan sebagai perayaan keagamaan.

Islam hanya mengiktiraf dua perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Menghormati ibu bapa adalah kewajipan sepanjang hayat dan tidak terhad kepada satu hari sahaja.

Sambutan ini dilihat sebagai tambahan kepada penghormatan berterusan terhadap ibu bapa tanpa meniru perayaan agama lain.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Tarikh Sambutan Hari Bapa 2024

Sambutan Hari Bapa diadakan pada Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun.

Pada tahun ini, ia disambut pada Ahad, 16 Jun 2024 iaitu sehari sebelum Hari Raya Haji.

Bagi mereka yang masih mempunyai ayah dan tinggal berjauhan dengan mereka, ini merupakan peluang untuk meraikan dan menghargai ayah anda kerana pada minggu tersebut merupakan cuti yang panjang sempena Hari Raya Aidiladha.

Jenis-Jenis Panggilan Yang Merujuk Kepada Bapa

Di Malaysia terdapat pelbagai panggilan yang merujuk kepada bapa, mencerminkan kepelbagaian budaya dan bahasa dalam negara ini. Berikut adalah beberapa panggilan yang biasa digunakan:

  1. Ayah – Panggilan umum yang digunakan oleh kebanyakan keluarga.
  2. Abah – Lazim digunakan dalam keluarga Melayu.
  3. Papa – Biasanya digunakan dalam keluarga moden.
  4. Abi – Panggilan dalam keluarga yang menggunakan bahasa Arab.
  5. Walid – Juga berasal dari bahasa Arab.
  6. Daddy – Panggilan dalam keluarga yang menggunakan bahasa Inggeris.
  7. Babah – Digunakan dalam beberapa keluarga.
  8. Baba – Panggilan yang biasa juga digunakan.
  9. Apak – Panggilan dalam dialek Melayu tertentu.
  10. Pak – Ringkas dan sering digunakan dalam percakapan harian.

Setiap panggilan ini membawa makna yang sama, iaitu merujuk kepada bapa, tetapi mencerminkan warisan budaya dan bahasa yang berbeza.

Contoh Ucapan Selamat Hari Bapa Atau Ayah Dari Seorang Anak

Berikut merupakan beberapa contoh ucapan bersempena sambutan pada tahun ini. Contoh-contoh ini boleh digunakan sama ada dari seorang anak kepada ayahnya atau seorang isteri bagi menghargai pengorbanan suami terhadap anak-anaknya;

Doa buat Ayah

 “Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihinilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika kecil. Berilah mereka balasan syurga.”

Ayah Tercinta

 “Ayah, tiada kata yang mampu menggambarkan betapa besarnya pengorbananmu. Terima kasih atas segala jerih payahmu membesarkan kami. Semoga Allah membalas jasamu dengan syurga yang tertinggi. Selamat Hari Bapa.”

Ucapan Selamat Hari Bapa bagi ayah yang telah tiada

 “Ayah, setiap hari ku rindui wajahmu. Setiap hari ku ingat segala pesanmu. Semoga kita bertemu di syurga. Al-Fatihah buat ayah tersayang.”

Kata-kata Inspirasi untuk Ayah

“Jasa dan pengorbanan seorang ayah tidak ternilai. Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan buat ayah hingga akhir hayat.”

Jasa dan pengorbanan seorang ayah tidak ternilai. Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan buat ayah hingga akhir hayat

Duhai Ayah

“Ayah tak pernah patah semangat; ayah tak pernah berputus asa. Semoga Allah limpahkan kurnia buat ayah.”

Contoh Ucapan Hari Bapa Untuk Suami Dari Seorang Isteri

  • Untuk Suamiku Tersayang “Sayang, terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat kepada anak-anak kita. Pengorbanan dan kasih sayangmu tiada tandingan. Semoga Allah memberkati setiap usaha dan kebaikanmu.”
  • Ayah Terbaik “Kehadiranmu dalam hidup anak-anak adalah anugerah terindah. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk mereka dan untukku. Selamat Hari Bapa, semoga sentiasa dalam rahmat Allah.”
  • Teras Keluarga “Sayang, engkaulah teras kekuatan keluarga kita. Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayangmu. Semoga Allah memberikan kebahagiaan dan kesihatan yang berkekalan.”
  • Inspirasi Hidup “Sayang, engkau adalah inspirasi bagi anak-anak kita. Terima kasih kerana menjadi ayah yang penyayang dan suami yang setia. Semoga Allah memberkati setiap langkahmu.”
  • Kekasih dan Ayah Terbaik “Untuk suamiku yang tercinta, terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayangmu. Engkaulah ayah dan suami terbaik yang kami miliki. Semoga Allah mengurniakanmu dengan rahmat dan kebahagiaan. Selamat Hari Bapa.”

Quote Tentang Ayah Atau Bapa

Quote tentang bapa

Berikut merupakan beberapa Quote tentang ayah atau bapa. Tak semestinya digunakan pada sambutan hari bapa, boleh digunakan untuk menghargai mereka setiap masa:

  • “Seorang ayah tidak memberitahu anda bahawa dia menyayangi anda, dia menunjukkan kasih sayangnya kepada anda.”
  • “Sayangilah ayah anda, dia telah mengorbankan begitu banyak perkara dalam hidup hanya untuk melihat senyuman di wajah anda.”
  • “Ayah adalah… orang yang mengorbankan segalanya demi kebahagiaanmu. ❤️”
  • “Di sebalik setiap anak yang hebat, terdapat seorang ayah yang benar-benar luar biasa…”
  • “To the world you are a Father but to our family you are the world”

Peranan Ayah dalam Sesebuah Keluarga

Figura Bapa sangat penting dalam institusi keluarga dan masyarakat. Bapa yang qawwam akan menavigasi keluarga dengan kecukupan nafkah dan kasih sayang. Berikut merupakan beberapa peranan bapa dalam sesebuah keluarga;

  • Penyedia Kewangan – Ayah berperanan sebagai penyedia utama kewangan keluarga. Beliau bekerja keras untuk memastikan keperluan harian seperti makanan, pendidikan, dan tempat tinggal disediakan dengan cukup.
  • Pembimbing dan Role Model – Ayah menjadi contoh dan pembimbing bagi anak-anak dalam aspek moral dan etika. Beliau mengajar nilai-nilai kehidupan, tanggungjawab, dan kesopanan yang penting dalam pembentukan peribadi anak-anak.
  • Pelindung Keluarga – Ayah bertanggung jawab melindungi keluarganya dari bahaya fizikal dan emosi. Beliau memastikan keselamatan dan kesejahteraan keluarga sentiasa terjaga.
  • Guru Disiplin – Ayah memainkan peranan penting dalam mendisiplinkan anak-anak. Ketegasan dan keadilan beliau membantu membentuk sikap disiplin dan tanggungjawab dalam diri anak-anak.
  • Sumber Sokongan Emosi – Ayah juga memberikan sokongan emosi kepada isteri dan anak-anaknya. Beliau menjadi pendengar dan penasihat yang baik, membantu mengatasi masalah dan memberikan dorongan apabila diperlukan.

4 Perkara Yang Dilakukan Oleh Ayah, Tapi Kita Terlepas Pandang

  1. Sumber Kewangan – Kebanyakan anak-anak meminta wang dari ibu, namun sebenarnya ayah yang mencari rezeki untuk keluarga. Tekanan kerja dan pengurusan kewangan adalah tanggungjawab besar ayah yang sering tidak disedari.
  2. Ikon atau Idola – Ayah sering menjadi idola. Anak perempuan mencari pasangan dengan karakter seperti ayah, manakala anak lelaki belajar menjadi lelaki budiman daripada ayah mereka.
  3. Sumber Rujukan – Banyak pengetahuan, dari politik hingga kehidupan, dipelajari dari ayah. Walau dalam hal-hal hiburan, ayah mungkin kurang tahu. 
  4. Guru Disiplin – Ayah membentuk disiplin anak-anak. Ketegasan ayah sering mengajarkan pengurusan masa dan ketelitian.

Sumber: Hijabista

FAQ

Apa itu Hari Bapa?

Hari Bapa adalah sambutan untuk menghormati peranan ayah dalam keluarga dan masyarakat. Walaupun kurang disambut berbanding Hari Ibu, ramai yang tetap menghargai ayah mereka.

Apakah hukum menyambut Hari Bapa dalam Islam?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sambutan Hari Bapa dibenarkan jika dianggap sebagai adat menghormati bapa, bukan perayaan keagamaan. Menghormati ibu bapa adalah kewajipan sepanjang hayat dan tidak terhad kepada satu hari sahaja.

Bilakah tarikh sambutan Hari Bapa 2024?

Sambutan Hari Bapa diadakan pada Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun. Pada tahun ini, ia disambut pada Ahad, 16 Jun 2024, sehari sebelum Hari Raya Haji.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments