HomeAgamaContoh Doa Bahasa Inggeris Untuk Majlis Rasmi: Teks & Template

Contoh Doa Bahasa Inggeris Untuk Majlis Rasmi: Teks & Template

Contoh Doa Bahasa Inggeris Untuk Majlis Rasmi, Acara Akademik atau Program Antarabangsa di Malaysia.

Dalam sesetengah majlis rasmi seperti program akademik atau majlis antarabangsa, bahasa yang digunakan dalam program itu adalah bahasa Inggeris.

Oleh yang demikian, sebelum acara bermula, bacaan doa perlulah diselaraskan dalam bahasa Inggeris supaya para hadirin dapat memahami.

Bagi memudahkan urusan, kami sediakan teks atau template doa English untuk majlis rasmi.

Teks dan Template Doa Bahasa Inggeris

Teks di bawah ini anda boleh selaraskan dengan majlis rasmi masing-masing pada bahagian yang bertanda bold

Pada bahagian lain, ia sudah diselaraskan mengikut contoh doa yang pernah dibaca dalam syarahan perdana bahasa Inggeris di Fakulti Perubatan Universiti Malaya baru-baru ini.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

All praise be to Allah, peace and blessings be upon Prophet Muhammad صلى الله عليه وسلم, his family, and his companions.

اللهم يا رحمن يا رحيم

All praise be to Allah for granting us the chance to assemble today for the INAUGURAL LECTURE OF PROFESSOR DR. NAZIRAH BINTI HASNAN, Professor of Rehabilitation Medicine, Faculty of Medicine, Universiti Malaya.

We pray for Your blessing to ensure this ceremony runs smoothly and successfully. برحمتك يا أرحم الراحمين. 

اللهم افتح علينا فتوح العارفين

Ya Allah, make the days that we’ve gone through start with Your mercy, continue with Your blessings, and end with Your forgiveness. Also, make the days that we go through filled with guidance and end with the victory of excellence.

In conjunction with this event, we ask for Your help and guidance. Kindly grant us strength and courage to face the struggle to find and gain knowledge.

الله يا كريم يا عليم 

Please bless us with Your taufiq and hidayah. Guide our team at Universiti Malaya to greatness, peace, glory, and prosperity in this world and the hereafter. 

Make us responsible intellectuals. Grant us valuable knowledge that will be beneficial to mankind in order to gain Your mardhatillah. 

And please, forgive us for our wrongdoings. Bestow patience upon us to face the challenges from You. Please accept our deeds and reward us accordingly. 

وصلى الله على سيدنا محمد النبي الكريم وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمد لله رب العالمين

Maksud Doa dalam Bahasa Melayu

Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiin, wassalaatu wassalaamu ‘alaa ashrafil anbiyaa’i wal mursaliin, wa ‘alaa aalihi wa sahbihi ajma’iin. 

‘Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang’. 

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, keluarganya, dan para sahabatnya. 

Allahumma ya Rahmaan ya Rahiim. 

Segala puji bagi Allah kerana memberi kami kesempatan untuk berkumpul hari ini untuk Syarahan Perasmian Profesor Dr. Nazirah binti Hasnan, Profesor Perubatan Pemulihan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. 

Kami memohon keberkatan-Mu agar majlis ini berjalan dengan lancar dan berjaya. 

Birahmatika ya arhamar-raahimiin. 

Allahumma iftah ‘alaynaa futuuhal ‘aarifiin. 

Ya Allah, jadikanlah hari-hari yang telah kami lalui bermula dengan rahmat-Mu, diteruskan dengan keberkatan-Mu, dan diakhiri dengan keampunan-Mu. Juga, jadikanlah hari-hari yang kami lalui penuh dengan petunjuk dan diakhiri dengan kejayaan cemerlang. 

Bersempena dengan acara ini, kami memohon pertolongan dan panduan-Mu. Berikanlah kami kekuatan dan keberanian untuk menghadapi cabaran mencari dan mendapatkan ilmu. 

Allah ya Kariim ya ‘Aliim 

Berkatilah kami dengan taufiq dan hidayah-Mu. Pandulah pasukan kami di Universiti Malaya menuju ke arah kecemerlangan, keamanan, kemuliaan, dan kemakmuran di dunia dan akhirat. Jadikanlah kami intelektual yang bertanggungjawab. Anugerahkanlah kami ilmu yang berharga yang akan memberi manfaat kepada manusia dalam usaha mencapai keredhaan-Mu. 

Dan ampunilah kami atas kesalahan kami. Kurniakanlah kesabaran kepada kami untuk menghadapi cabaran dari-Mu. Terimalah amalan kami dan ganjarkanlah kami dengan sebaik-baik ganjaran. 

Wasallallahu ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin nabiyyil kariim wa ‘alaa aalihi wa sahbihi ajma’iin, walhamdulillahi rabbil ‘aalamiin.

Template Doa Bahasa Inggeris

Berikut adalah teks doa dalam bahasa Inggeris yang anda boleh ubah mengikut majlis anda.

Panduan Bacaan Doa Rasmi JAKIM

Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan panduan bacaan doa untuk majlis rasmi di Malaysia.

Berikut merupakan ringkasan panduan;

Kriteria Pembaca Doa

  • Seorang lelaki, beragama Islam, boleh menyebut perkataan dalam Bahasa Melayu dan Arab dengan tepat, fasih, dan betul.
  • Mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik.
  • Mengetahui kesesuaian doa untuk majlis yang diadakan.

Tatacara dan Adab-Adab Membaca Doa

  • Datang lebih awal sebelum majlis dimulakan.
  • Memastikan tempat bacaan doa.
  • Memberi tanda hormat kepada tetamu khas sebelum memulakan doa.
  • Mengangkat tangan ketika berdoa.
  • Membaca dengan nada yang sesuai, jelas, tidak terlalu laju, khusyuk, dan tawadu’.

Pakaian

  • Memakai pakaian yang bersesuaian dan jika memakai pakaian kebangsaan, hendaklah lengkap bersampin dan bersongkok.

Teks Doa

  • Mukaddimah dan Penutup: Permulaan doa dengan lafaz puji-pujian dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., diikuti doa dalam Bahasa Arab dan bahasa lain, serta selawat dan Tahmid di bahagian akhir.
  • Isi Kandungan Doa: Mengandungi permohonan untuk keselamatan, kesejahteraan umum, dan permohonan khusus sesuai dengan majlis. Setiap perenggan sebaiknya menyebut nama dan sifat Allah sesuai dengan perkara yang dipohon.
  • Masa Pembacaan Doa: Pada permulaan majlis, tidak melebihi 5 minit.
  • Tempat Majlis Berdoa: Di tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan dan sesuai dengan ajaran Islam.
  • Tempat Pembaca Doa: Penganjur menyediakan tempat duduk yang sesuai, biasanya di atas pentas.
Template dan Contoh Bacaan Doa Dalam Bahasa Inggeris Untuk Majlis Rasmi
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments