HomeCutiCuti Umum Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong Ke-17

Cuti Umum Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong Ke-17

Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan salah satu daripada Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi tahun 2024.

Pada hari tersebut ia diwartakan sebagai cuti umum.

Tarikh Cuti

Tarikh 3 Jun 2024 diwarta sebagai cuti umum Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi YDP Agong ke-17, Sultan Ibrahim.
Kredit Photo: Media Digital Johor

Tarikh 3 Jun 2024 diwarta sebagai cuti umum Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi YDP Agong ke-17, Sultan Ibrahim.

Tarikh ini merupakan salah satu daripada Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024.

Oleh yang demikian, semua negeri akan bercuti pada tarikh 3 Jun 2024 (ISNIN).

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024_page-0001

Istiadat Pertabalan YPDA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 telah mengampuni limpah perkenan supaya acara-acara Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda ditangguhkan dari bulan Jun ke bulan September.

Ini bagi memberi keutamaan kepada Istiadat Pertabalan dan acara-acara lain Sempena Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada bulan Julai.

Acara-acara sempena Istiadat Pertabalan adalah seperti berikut:

  • Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada Khamis, 18 Julai, 5.30 petang, di Masjid Negara, Kuala Lumpur;
  • Khutbah Khas dan Solat Jumaat pada Jumaat 19 Julai, 1.15 tengah hari, di Masjid Negara;
  • Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Sabtu, 20 Julai, 10 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur;
  • Majlis Santapan Diraja pada Sabtu, 20 Julai, 8.30 malam, di Istana Negara;
  • Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Hospital pada Selasa, 23 Julai, 9.30 pagi, di Hospital Orang Asli Gombak;
  • Pameran Raja Kita pada Khamis, 25 Julai 11 pagi, di Muzium Negara; dan
  • Majlis Jamuan Teh Diraja pada Sabtu, 27 Julai, 3 petang, di Istana Negara.

Cuti-cuti Lain Pada Bulan Jun

Selain daripada cuti umum Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi YDP Agong pada 3 Jun, beberapa cuti lain pada bulan 6 ini adalah;

  • 1 Jun 2024 (Sabtu) – Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja)
  • 2 Jun 2024 (Ahad)  – Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja)
  • 3 Jun 2024 – Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Semua negeri)
  • 16 Jun 2024 (Ahad)  – Hari Arafah (Kelantan dan Terengganu)
  • 17 Jun 2024 (Isnin) – Hari Raya Haji  (Semua negeri)
  • 18 Jun 2024 (Selasa) – Hari Raya Haji (hari ke 2) (Kedah & Perlis sahaja)
  • 30 Jun 2024 (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah Sahaja)
06 - Kalendar Kuda Jun 2024

Cadangan Aktiviti Cuti 

Bersempena cuti pada bulan Jun ini anda dan sekeluarga bolehlah merancang untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna dan menyeronokkan. 

Di samping rehat yang diperlukan, terdapat pelbagai pilihan aktiviti yang boleh dinikmati oleh semua. Berikut adalah cadangan aktiviti yang menarik untuk dilakukan sepanjang bulan Jun ini;

1) PBAKL 2024: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Salah satu acara yang dinanti-nantikan oleh pencinta buku adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Dengan pelbagai penulis tempatan dan antarabangsa serta koleksi buku yang pelbagai, pesta buku ini adalah tempat yang sempurna untuk mencari bahan bacaan baru dan mendapatkan inspirasi.

Maklumat tentang PBAKL 2024 adalah sebagaimana berikut;

  • Tarikh: 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024
  • Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTCKL)
  • Waktu: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari

Info lanjut anda boleh layari https://klibf.my/

PBAKL 2024 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

2) Hari Landskap Negara 2024

Anda juga boleh memeriahkan Sambutan Hari Landskap Negara 2024 (HLN 2024) yang akan diadakan pada 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 bertempat di Taman Tasik Shah Alam, Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan.

3) Pulang Ke Kampung Halaman Pada Hari Raya Qurban

Pulang  ke kampung halaman pada Hari Raya Qurban bukan sahaja menghidupkan semangat perayaan, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap ahli keluarga.

Di kesempatan cuti tersebut, anda berpeluang melaksanakan ibadah qurban di kampung dengan kerjasama ahli keluarga dan jiran tetangga serta mengagihkan daging qurban kepada keluarga, jiran, dan golongan yang memerlukan.

4) Aktiviti Luar

Cuaca yang baik pada bulan Jun juga menyediakan peluang yang baik untuk aktiviti luar. Aktiviti seperti mendaki, berkayak, berbasikal, atau sekadar berjalan-jalan di taman awam adalah cara yang baik untuk menjaga kesihatan fizikal dan menjelajah keindahan alam sekitar.

5) Lawatan ke Tempat Menarik

Manfaatkan cuti-cuti yang ada pada bulan Jun ini dengan merancang lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar tempat tinggal anda. Muzium, taman tema, dan tempat bersejarah adalah destinasi yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?

Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah perayaan untuk meraikan hari ulang tahun rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ia merupakan salah satu Hari Kelepasan Am Persekutuan.

2. Bilakah Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2024?

3 Jun 2024 (Isnin).

3. Adakah 3 Jun 2024 merupakan cuti umum?

Ya, 3 Jun 2024 telah diwartakan sebagai cuti umum di semua negeri di Malaysia.

4. Mengapa acara-acara Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda ditangguhkan?

Acara-acara sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda ditangguhkan dari bulan Jun ke bulan September bagi memberi keutamaan kepada Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada bulan Julai.

5) Apakah cuti lain pada bulan Jun 2024?

Cuti lain pada bulan Jun 2024 adalah;
– 1 & 2 Jun: Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja).
– 16 Jun: Hari Arafah (Kelantan dan Terengganu).
– 17 Jun: Hari Raya Haji (Semua negeri).
– 18 Jun: Hari Raya Haji (hari ke-2) (Kedah & Perlis sahaja).
– 30 Jun: Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja).

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments