HomeBiasiswaBiasiswa Agrobank: Scholarship Award Program (SAP 2024)

Biasiswa Agrobank: Scholarship Award Program (SAP 2024)

Permohonan untuk Biasiswa Agrobank melalui Agrobank Scholarship Award Program (SAP 2024) kini dibuka.

Agrobank menawarkan peluang keemasan ini untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik dan mempersiapkan mereka sebagai pemimpin masa depan. 

Jika anda seorang pelajar ijazah sarjana muda yang bersemangat untuk belajar dan memimpin, jangan lepaskan peluang ini untuk memohon Biasiswa Agrobank.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan bagi biasiswa ini ditutup pada 21 Julai 2024 jam 11 malam.

Apa Yang di Tawarkan

Program Anugerah Biasiswa Agrobank menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar berprestasi tinggi yang layak. Matlamat utama program ini adalah untuk menyokong pelajar yang memenuhi syarat kelayakan Agrobank. 

Pemohon yang berjaya akan berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada pipeline kepimpinan Agrobank, di mana mereka akan dilatih untuk menjadi individu berprestasi tinggi dan seterusnya menjadi pembekal bakat untuk Bank.

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur antara 18 hingga 23 tahun
  3. Sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan dengan bidang pengajian yang termasuk mana-mana ijazah atau setaraf yang diluluskan oleh Bank seperti Perniagaan, Kewangan, Perakaunan atau kursus berkaitan
  4. Minimum 4 semester yang tinggal untuk menyelesaikan pengajian pada masa pengambilan
  5. Minimum PNGK 3.50
  6. Minimum Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET)
  7. Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum
  8. Memegang jawatan penting dalam kelab/persatuan adalah satu kelebihan
  9. Mempunyai sikap, sifat dan kualiti peribadi yang positif
  10. Tidak memegang sebarang bentuk biasiswa atau tajaan lain yang memerlukan ikatan perkhidmatan

Cara Memohon

Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeugfnQHQn_QebwuoJGCMfDXeEhBX0aMklGHwjG1H21DlLoEg/viewform

Pemohon juga boleh mengimbas kod QR melalui poster di bawah;

Poster Syarat Kelayakan Biasiswa Agrobank 2024 dengan Kod QR

Sila baca arahan dalam borang permohonan dalam talian dan emelkan dokumen sokongan yang diperlukan kepada [email protected] 

Terma dan Syarat:

  1. Pemohon dikehendaki membaca arahan dengan teliti sebelum mengisi borang permohonan.
  2. Pemohon dikehendaki mengisi semua ruangan kosong dalam borang permohonan dengan maklumat terkini.
  3. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Pengisian borang permohonan tidak semestinya bermaksud tawaran SAP akan diberikan

Kelebihan Biasiswa Agrobank

Biasiswa Agrobank bukan sekadar menawarkan bantuan kewangan, tetapi juga membuka peluang kepada pelajar untuk menjadi sebahagian daripada pipeline kepimpinan Agrobank. 

Program ini bertujuan untuk melatih pelajar menjadi individu yang berprestasi tinggi dan seterusnya menjadi pembekal bakat yang berharga untuk Agrobank. 

Ini adalah peluang keemasan untuk pelajar yang berhasrat untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan mereka sambil mengejar kecemerlangan akademik.

Info dan Maklumat Lanjut

Perlukan maklumat lanjut berhubung Agrobanks Scholarship Award Program (SAP) ini? Emailkan sebarang pertanyaan ke [email protected] 

Ikuti Agrobank di;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments