HomeKewanganBelanjawan 2025: Tarikh, Tema &  Fokus Ekonomi Madani

Belanjawan 2025: Tarikh, Tema &  Fokus Ekonomi Madani

Belanjawan 2025 Malaysia, yang juga dikenali sebagai Belanjawan MADANI 2025, dijadualkan akan dibentangkan pada 18 Oktober 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tujuan utama pembentangan belanjawan yang dibentangkan setiap tahun oleh Menteri Kewangan adalah untuk merangka perancangan kewangan negara yang strategik dan menyeluruh. 

Ia juga bagi memastikan pengurusan sumber kewangan yang efektif bagi membiayai pembangunan negara, meningkatkan kesejahteraan rakyat, serta memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan. 

Belanjawan juga berfungsi sebagai alat untuk mengatasi cabaran ekonomi semasa dan merangka langkah-langkah bagi mencapai matlamat jangka panjang negara, termasuk peningkatan taraf hidup dan pengukuhan ekonomi domestik.

Tema Belanjawan 2025

Tema pembentangan belanjawan pada tahun ini adalah “Ekonomi MADANI : Ekonomi Makmur, Rakyat Sejahtera”.

Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan kepada Ekonomi MADANI, sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia yang berhasrat untuk menaikkan siling potensi ekonomi negara dan lantai mutu kehidupan rakyat. 

Bagi menjayakan reformasi ekonomi negara, Belanjawan 2025 akan menumpukan kepada usaha penambahbaikan tatakelola untuk meningkatkan kecekapan sektor awam dan menoktahkan budaya rasuah.

Tarikh dan Waktu Pembentangan

Menurut laporan portal MalaysiaGazette, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024 di Parlimen. Tarikh ini telah disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. 

Sidang Parlimen akan bermula pada 14 Oktober, dengan pembentangan Belanjawan pada 18 Oktober pukul 4 petang. 

Bagi tujuan ini, Perdana Menteri  telah mengarahkan semua menteri untuk mengadakan sesi dialog belanjawan dengan pemegang taruh di kementerian masing-masing.

Belanjawan ini selaras dengan hala tuju ekonomi negara yang termasuk Pelan Perindustrian Baharu Negara (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Tumpuan, Fokus dan Matlamat Belanjawan

Belanjawan ini akan memberi tumpuan kepada tiga keutamaan utama:

  1. Meningkatkan Siling Ekonomi: Penstrukturan semula ekonomi untuk meningkatkan daya saing dan nilai tambah, termasuk dalam bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).
  2. Meningkatkan Lantai Ekonomi Rakyat: Usaha untuk meningkatkan kualiti hidup terutamanya bagi golongan miskin bandar, pedalaman, dan masyarakat desa.
  3. Memperkukuh Tatakelola dan Penyampaian Perkhidmatan Awam: Penambahbaikan dalam tatakelola kerajaan untuk mengurangkan ketirisan dan rasuah.

Selain itu, antara yang menjadi perhatian adalah pengumuman mengenai kenaikan gaji penjawat awam baru-baru ini akan diperincikan semasa pembentangan belanjawan 2025.

Perincian kenaikan gaji penjawat awam Belanjawan 2025

Dokumen Prabelanjawan 2025

Kementerian Kewangan telah menyediakan satu dokumen “Kenyataan Prabelanjawan 2025” yang mengandungi beberapa perkara utama berkaitan dengan perancangan Belanjawan 2025. 

Berikut adalah beberapa poin penting yang dalam dokumen tersebut:

  1. Pengukuhan Ekonomi Malaysia: Dokumen ini memperincikan kerangka Ekonomi MADANI, yang dilancarkan sebagai langkah untuk menstruktur semula ekonomi negara. Tumpuan diberikan kepada aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi, daya saing, dan kelestarian, dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
  2. Pertumbuhan Ekonomi dan Pelaburan: Malaysia menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang kuat pada awal tahun 2024, dengan peningkatan dalam eksport dan pelaburan swasta. Tumpuan Belanjawan 2025 adalah untuk meneruskan momentum ini melalui pelaburan dalam infrastruktur, teknologi, dan industri hijau.
  3. Pembaharuan Sektor Awam: Belanjawan ini juga menekankan keperluan untuk memperkukuh sektor awam, dengan langkah-langkah untuk meningkatkan ketelusan, kecekapan, dan akauntabiliti. Inisiatif ini termasuk reformasi fiskal untuk mengurangkan defisit dan menguruskan hutang negara secara berhemat.
  4. Kesejahteraan Rakyat: Teras utama lain adalah memastikan kesejahteraan rakyat melalui peningkatan akses kepada pendidikan dan kesihatan berkualiti, kemudahan asas bertaraf dunia, serta perlindungan sosial untuk golongan yang memerlukan.
  5. Sokongan untuk Industri dan PMKS: Fokus juga diberikan kepada menyokong Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS), dengan menyediakan akses kepada pembiayaan dan insentif untuk membantu mereka berkembang di peringkat domestik dan serantau.

Cadangan Untuk Belanjawan 2025

Sebagai rakyat Malaysia, anda boleh memberikan cadangan dan pendapat masing-masing untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi Belanjawan 2025 bagi memperkasa Malaysia MADANI.

Cadangan atau pendapat ini boleh dikemukakan di laman https://belanjawan.mof.gov.my/ atau imbas QR Code yang disertakan di bawah;

Portal Cadangan Belanjawan 2025

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://belanjawan.mof.gov.my/

Ikuti Kementerian Kewangan di;

  1. Laman web: https://www.mof.gov.my/
  2. Facebook Kementerian Kewangan
  3. Twitter / Laman X Kementerian Kewangan
  4. Youtube MOF Malaysia
  5. Instagram Kementerian Kewangan
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments