HomeBantuanBantuan Persekolahan Perak (MAIPk): Permohonan Tahun 2025

Bantuan Persekolahan Perak (MAIPk): Permohonan Tahun 2025

Majlis Agama Islam & ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka permohonan kepada pemohon yang berkelayakan bagi memohon Skim Bantuan Persekolahan 2025, yang merupakan bantuan persediaan persekolahan untuk golongan asnaf fakir miskin.

Skim ini disediakan dalam bentuk bantuan zakat bagi pelajar yang akan memasuki sesi persekolahan tahun 2025.

Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kewangan untuk meringankan beban keluarga asnaf negeri Perak dalam persediaan persekolahan anak-anak mereka.

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan Skim Bantuan Persediaan Persekolahan 2025 adalah dari 04 Februari 2025 hingga 14 Mac 2025

Kategori Pelajar yang Perlu Memohon

Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2024 tidak perlu membuat permohonan KECUALI jika tergolong dalam kategori berikut:

  • Pelajar yang akan memasuki Darjah 1 pada sesi persekolahan tahun 2025.
  • Pelajar yang akan memasuki Tingkatan 1 pada sesi persekolahan tahun 2025.
  • Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah.
  • Pelajar yang belum pernah memohon bantuan persekolahan sebelum ini.

Syarat Kelayakan

  1. Beragama Islam.
  2. Bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
  3. Warganegara Malaysia.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).

Cara Permohonan

  • Borang boleh diperolehi melalui pautan https://rb.gy/sl6htn.
  • Atau imbas kod QR pada iklan untuk akses pantas.
  • Hadir ke kaunter MAIPk berdekatan untuk mendapatkan borang.
Skim Bantuan Persekolahan 2025 oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)

Prosedur Mengisi Borang Skim Bantuan Persekolahan Perak

  1. Gunakan Huruf Besar:
    Borang ini mesti diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
  2. Nama Pelajar:
    Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
  3. Borang Lengkap:
    Hanya borang yang lengkap akan diproses.
  4. Penghantaran Borang:
    Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal pemohon.
  5. Tempoh Permohonan:
    Permohonan mesti dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan dokumen sokongan disertakan.

Maklumat Lanjut

Hubungi untuk maklumat lanjut

  • Telefon: 05-208 4000
  • WhatsApp: 019-571 1383

Laman Web: www.maipk.gov.my

Alamat Pejabat Pentadbiran MAIPk Mengikut Daerah:

Borang permohonan perlu dihantar mengikut alamat tempat tinggal ke pejabat pentadbiran MAIPk seperti alamat berikut:

  1. Ipoh (Ibu Pejabat):
    Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
    Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
    Tel: 05-208 4000, Faks: 05-241 4257
  2. Batu Gajah:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Batu Gajah
    No. 27, Jalan Mat Saman, 31000 Batu Gajah
    Tel: 05-365 1290, Faks: 05-365 3504
  3. Bagan Serai:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Bagan Serai
    Jalan Matang Buluh, 34300 Bagan Serai
    Tel: 05-721 2926, Faks: 05-721 9862
  4. Parit Buntar:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Parit Buntar
    JKR 1540N, Jalan Persiaran Permai, Taman Kerian Permai
    34200 Parit Buntar
    Tel: 05-716 7090, Faks: 05-716 2141
  5. Seri Iskandar:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Seri Iskandar
    No. 8 & 3A, Jalan PP7, Bandar Universiti, 32610 Seri Iskandar
    Tel: 05-366 5310, Faks: 05-366 3445
  6. Kampong Gajah:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Kampong Gajah
    Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah, Jalan Tanjung Tualang
    36800 Kampong Gajah
    Tel: 05-631 2208, Faks: 05-631 3078
  7. Lenggong:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Lenggong
    Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong
    Tel: 05-767 8869, Faks: 05-767 8542
  8. Pengkalan Hulu:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Pengkalan Hulu
    Jalan Tasek, 33100 Pengkalan Hulu
    Tel: 04-477 8077, Faks: 04-477 8917
  9. Kuala Kangsar:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Kuala Kangsar
    Jalan Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar
    Tel: 05-776 8371, Faks: 05-777 3400
  10. Taiping:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Taiping
    Jalan Muzium Hulu, 34000 Taiping
    Tel: 05-806 6564, Faks: 05-805 8048
  11. Selama:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Selama
    Lot 463, Jalan Wan Mohd Razally, 34100 Selama
    Tel: 05-839 3744, Faks: 05-839 1064
  12. Manjung:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Manjung
    No. 7 & 7A, Persiaran PM 3/6, Pusat Bandar Seksyen 3
    32040 Seri Manjung
    Tel: 05-688 6957, Faks: 05-688 7599
  13. Kampar:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Kampar
    Lot 105 & 106, Jalan Idris, 31900 Kampar
    Tel: 05-465 1143, Faks: 05-465 1151
  14. Muallim:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Muallim
    Jalan Rumah Rehat, 35800 Slim River
    Tel: 05-452 0653, Faks: 05-452 6221
  15. Tapah:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Tapah
    Lot 569, Jalan Bukit Baldwin, 35000 Tapah
    Tel: 05-401 4853, Faks: 05-401 0490
  16. Teluk Intan:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Teluk Intan
    Kompleks Tadbir Jalan Intan, Jalan Raja Musa
    36000 Teluk Intan
    Tel: 05-621 6194, Faks: 05-621 2263
  17. Gerik:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Gerik
    Jalan Haji Meor Yahya, 33300 Gerik
    Tel: 05-791 3755, Faks: 05-791 0137
  18. Bagan Datoh:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Bagan Datoh
    Rumah Kedai Pekan Selekoh, 36200 Selekoh

Lihat Juga:
Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk Perak

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments