HomePanduanAktiviti Kemerdekaan 2024: Contoh & Idea Menarik Untuk Sekolah

Aktiviti Kemerdekaan 2024: Contoh & Idea Menarik Untuk Sekolah

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini, mungkin ada sekolah bercadang ingin mengadakan beberapa aktiviti menarik untuk murid dan para pelajar.

Aktiviti sambutan kemerdekaan pada tahun ini boleh merangkumi pelbagai acara dan program yang meriah bagi membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan para murid.

Oleh yang demikian, perancangan awal dapat membantu anda menjayakan aktiviti tersebut pada tahun ini.

Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kemerdekaan di Sekolah

1. Perancangan dan Persiapan

  • Pembentukan Jawatankuasa: Bentuk jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada guru dan pelajar. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras, dan melaksanakan aktiviti.
  • Takwim Aktiviti: Susun jadual aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan, memastikan tiada pertindihan dan setiap acara mendapat perhatian yang sewajarnya.
  • Peruntukan Bajet: Tentukan bajet untuk setiap aktiviti dan pastikan dana mencukupi untuk pelaksanaan yang lancar.

2. Pelaksanaan Aktiviti

  • Upacara Perasmian: Mulakan dengan upacara rasmi seperti perarakan, ucapan perasmian oleh pengetua atau tetamu kehormat, dan nyanyian lagu kebangsaan.
  • Pertandingan Kreatif: Anjurkan pelbagai pertandingan seperti menulis esei, melukis, deklamasi sajak, dan reka cipta bendera untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
  • Aktiviti Sukan dan Rekreasi: Laksanakan aktiviti sukan seperti larian kemerdekaan, permainan tradisional, dan sukan warisan untuk meningkatkan semangat kesukanan dan kerjasama.
  • Program Pendidikan: Adakan ceramah motivasi, forum patriotisme, dan tayangan filem kemerdekaan untuk meningkatkan kesedaran sejarah dan semangat patriotik.
  • Khidmat Masyarakat: Galakkan pelajar terlibat dalam program gotong-royong dan khidmat masyarakat untuk memupuk semangat cintakan negara melalui tindakan positif.

3. Pengurusan dan Penyelarasan

  • Penyelarasan Aktiviti: Pastikan setiap aktiviti diselaraskan dengan baik oleh jawatankuasa pelaksana. Gunakan alat komunikasi seperti e-mel, WhatsApp, dan notis papan kenyataan untuk memaklumkan perkembangan terkini.
  • Penilaian dan Penghargaan: Sediakan sistem penilaian untuk pertandingan dan berikan penghargaan kepada pemenang bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar.
  • Penglibatan Komuniti: Libatkan ibu bapa dan komuniti setempat dalam aktiviti kemerdekaan untuk meningkatkan kerjasama dan sokongan luar.

4. Penutupan dan Refleksi

  • Majlis Penutupan: Adakan majlis penutupan yang meriah dengan penyampaian hadiah dan pengiktirafan kepada peserta dan pemenang.
  • Refleksi dan Penambahbaikan: Adakan sesi refleksi bersama jawatankuasa untuk menilai keberkesanan aktiviti dan mencadangkan penambahbaikan untuk tahun hadapan.

Contoh Aktiviti Kemerdekaan 

Berikut merupakan beberapa contoh dan idea yang boleh dilaksanakan mengikut kemampuan masing-masing

  1. Ucapan Perasmian & Pelancaran Bendera
  2. Pembacaan Deklarasi Merdeka
  3. Pertandingan Menulis Esei
  4. Pertandingan Melukis dan Mewarna
  5. Pertandingan Deklamasi Sajak
  6. Pakaian Bertema Hari Kebangsaan
  7. Pameran Sejarah/Kemerdekaan
  8. Lawatan Bersejarah
  9. Pertandingan Drama dan Sketsa/Pertandingan Drama Sebabak/Patriotisme
  10. Program Gotong-Royong / Khidmat Masyarakat
  11. Larian Kemerdekaan/Hari Kebangsaan
  12. Permainan Tradisional/Sukan Warisan
  13. Ceramah Motivasi dan Forum Patriotisme
  14. Konsert Merdeka
  15. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
  16. Pertandingan Video Pendek Kemerdekaan
  17. Reka Cipta Bendera
  18. Pertandingan Kuiz Hari Kebangsaan
  19. Pertandingan Membina Replika Bangunan Ikonik atau Bersejarah
  20. Pertandingan Pantun Hari Kebangsaan
  21. Pertandingan Sudut Kemerdekaan
  22. Pertandingan Teka Silang Kata Kemerdekaan
  23. Buku Skrap Tentang Sejarah Kemerdekaan
  24. Pertandingan Tarian Tradisional
  25. Pertandingan Menghias Kelas Sempena Hari Kebangsaan
  26. Solat Hajat/Bacaan Yasin Sempena Bulan Kemerdekaan
  27. Menghias Kawasan Sekolah Sempena Hari Kebangsaan
  28. Menggantung/Menghasilkan Kain Rentang Kemerdekaan
  29. Perarakan Hari Kebangsaan/Kawad Kaki
  30. Hasilkan Bendera Dari Bahan Terbuang
  31. Tayangan Film/Video Kemerdekaan
  32. Berbasikal/Kayuhan Sempena Hari Kebangsaan
  33. Menjemput Tentera/Askar Untuk Membuat Persembahan
  34. Hasilkan Sudut Patriotisme Di Dalam Kelas
  35. Bicara Spontan Hari Kebangsaan
  36. Laungan Hari Kemerdekaan
  37. Pertunjukan Fesyen Bertema Hari Kebangsaan
  38. Pertandingan Mencipta Doodle Hari Kemerdekaan
  39. Pertandingan Melukis Batik
  40. Pertandingan “Selfie” Sempena Hari Kebangsaan
  41. Pertandingan Treasure Hunt/Explorace Merdeka
  42. Pertandingan Fotografi
  43. Portfolio Sejarah Kemerdekaan

Pakaian Beragam Kemerdekaan 

Aktiviti pakaian beragam sempena kemerdekaan merupakan antara yang paling popular dan boleh dilaksanakan di sekolah. 

Aktiviti ini boleh dijalankan dalam bentuk pertandingan atau pameran di mana ia boleh diadakan dalam bentuk perarakan di sekitar sekolah, pertunjukan di dewan sekolah, atau sesi fotografi di kawasan yang dihias dengan tema kemerdekaan. 

Selain daripada meningkatkan semangat patriotisme, aktiviti ini juga dapat memperkaya pengetahuan pelajar tentang kepelbagaian budaya dan sejarah negara.

Berikut adalah beberapa cadangan tema pakaian yang boleh dipertimbangkan:

1. Tema Pakaian Tradisional Malaysia

Pakaian Tradisional Malaysia Hari Merdeka
Kredit: Joe Iska

Pelajar memakai pakaian tradisional dari pelbagai kaum di Malaysia seperti baju kurung, kebaya, baju melayu, cheongsam, sari, dan lain-lain.

2. Tema Pakaian Pahlawan dan Pendekar

Pakaian Pahlawan dan Pendekar Hari Kemerdekaan
Kredit: Bunga Matahari

3. Tema Pakaian Kebudayaan dan Warisan

Pakaian beragam Kebudayaan dan Warisan
Kredit: Dang Dayang 

Kredit: Dang Dayang 

4. Tema Pakaian Flora dan Fauna Malaysia

Pakaian Flora dan Fauna
Kredit: Anis Nina

Kredit kepada Anis Nina

Pelajar memakai pakaian yang dihias dengan motif flora dan fauna yang unik di Malaysia seperti bunga raya, harimau Malaya, dan burung kenyalang.

Hiasan Kelas Merdeka

Hiasan Kelas Merdeka
Kredit: Dadidzihni SMK Selendang

Hiasan kelas sempena bulan kemerdekaan boleh menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Aktiviti hiasan ini boleh dirancang dengan menentukan tema hiasan, mengumpulkan bahan-bahan seperti bendera Malaysia, kertas warna-warni, dan bahan-bahan kreatif lain yang boleh digunakan untuk menghias kelas.

Pelaksanaan aktiviti menghias kelas boleh dilakukan secara gotong-royong di mana setiap pelajar diberikan tugas tertentu. Contohnya, ada yang bertanggungjawab menggantung bendera, ada yang menyiapkan kain rentang dengan mesej-mesej patriotik, dan ada yang menghias meja serta dinding kelas dengan poster dan gambar-gambar berkaitan kemerdekaan. 

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga dapat meningkatkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.

Setelah kelas dihias dengan meriah, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan menghias kelas sempena Hari Kemerdekaan. Kelas yang paling kreatif dan menampilkan elemen patriotik dengan jelas boleh diberikan hadiah sebagai penghargaan. 

Larian Kemerdekaan

Larian Kemerdekaan
Kredit: Sekolah Kebangsaan Salinatan, Pensiangan

Aktiviti luar seperti larian kemerdekaan atau sukaneka bertemakan hari kebangsaan boleh juga dicadangkan.

Namun ia memerlukan perancangan rapi. Guru-guru perlu bersedia dengan cuaca yang terlalu panas, jerubu atau hujan. Sebagai alternatif, ia boleh diadakan aktiviti ini dalam dewan atau ruang tertutup.

Untuk aktiviti ini, iai boleh diadakan secara santai yang dapat menggalakkan semangat berpasukan sertia meningkatkan kesihatan fizikal murid-murid.

Cikgu juga boleh memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak yang menunjukkan semangat tinggi dan kerjasama yang baik.

Bina Model Bangunan Ikonik atau Bersejarah

Bina Model KLCC dan KL Tower Aktiviti Merdeka
Kredit:Pusat Pendidikan Islam An Nur, Taman Austral, Kota Kinabalu
Bina Model Tugu Negara
Kredit:Pusat Pendidikan Islam An Nur, Taman Austral, Kota Kinabalu

Projek membina model bangunan ikonik atau bersejarah adalah satu aktiviti menyeronokkan yang dapat memperkayakan pengetahuan pelajar mengenai sejarah dan kebudayaan Malaysia.

Langkah pertama adalah menentukan bangunan yang ingin dibina. Pilihan boleh merangkumi bangunan ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Bangunan Sultan Abdul Samad, Istana Negara, atau Masjid Negara. 

Pemilihan bangunan perlu mengambil kira aspek sejarah dan kepentingan bangunan tersebut dalam konteks kemerdekaan dan identiti negara.

Bahan-bahan yang boleh digunakan seperti kadbod, styrofoam, kertas warna, gam, cat, dan alat pemotong di mana aktiviti ini boleh dibuat secara individu atau berkumpulan.

Setelah model bangunan siap, ia boleh dipamerkan di dewan sekolah atau bilik pameran khas sempena Hari Kemerdekaan. Pameran ini boleh dilengkapi dengan maklumat sejarah tentang bangunan tersebut, termasuk tarikh pembinaan, tujuan asal, dan peranannya dalam sejarah negara. 

Aktiviti Melukis atau Mewarna Hari Kemerdekaan

Mewarna Merdeka kategori 4-6 tahun
Kredit: PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Wilayah Persekutuan

Aktiviti melukis atau mewarna merupakan salah satu aktiviti menarik yang boleh dipikirkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ini.

Untuk aktiviti ini, ia boleh dibahagikan kepada kategori asas mewarna atau peringkat yang lebih tinggi seperti tahap 2 atau tahap sekolah menengah.

Jika pada tahap pra sekolah atau tadika, aktiviti mewarna seperti bendera Malaysia, bunga raya dan bunga rafflesia dapat membantu mengembangkan kemahiran motor halus mereka selain daripada mengenali simbol dan lambang negara.

Manakala peringkat yang lebih tinggi, pelajar boleh mengembangkan idea mereka yang lebih menarik seperti menggambarkan Malaysia sebuah negara maju pada hadapan dengan gambaran futuristik.


Lihat Juga:
Aktiviti Mewarna Bunga Raya Bersempena Hari Kemerdekaan 
Contoh Aktiviti Kemerdekaan Prasekolah Untuk Tadika dan Pasti
Kuiz Kemerdekaan 2024: Anjuran Perpustakaan Negara (PNM)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments