Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM mengumumkan bahawa Tema Maulidur Rasul SAW 1445H adalah sama seperti tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu “Membangun Ummah Madani”.
Pada tahun ini, tarikh masihi bagi Maulidur Rasul (12 Rabiul Awal) adalah pada 5 September 2025 (Jumaat).
Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
Tema Maulidur Rasul 2025M/1447H
Seperti biasa, tema rasmi Maulidur Rasul setiap tahun sama dengan tema sambutan Maal Hijrah pada tahun tersebut.
Jadi, tahun ini, tema rasmi yang akan digunakan adalah “Membangun Ummah Madani”.

Maksud Tema
Tema ini dipilih bagi menekankan usaha membentuk masyarakat Islam yang seimbang antara kemajuan duniawi dan kekuatan rohani.
- Membangun – Menggambarkan proses membina, memperkukuh dan memperkasa umat Islam dari segi akidah, ilmu, akhlak serta sahsiah.
- Ummah – Merujuk kepada umat Islam secara keseluruhan yang bersatu hati, saling menghormati, dan berperanan sebagai khalifah di muka bumi.
- Madani – Melambangkan masyarakat yang berteraskan nilai keadilan, ihsan, integriti, persaudaraan, kesejahteraan dan kemajuan, selaras dengan konsep Malaysia Madani.
Secara keseluruhan, tema ini mengajak umat Islam mencontohi Rasulullah SAW dalam membina tamadun yang berilmu dan berakhlak mulia. Ia juga menekankan kepentingan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M
Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat kebangsaan tahun 1447H/2025M akan diadakan pada Jumaat, 5 September 2025 bersamaan 12 Rabiulawal 1447H. Majlis bermula jam 7:30 pagi bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Tema sambutan pada tahun ini ialah “Membangun Ummah Madani”, yang menekankan pentingnya membina masyarakat Islam berasaskan nilai keadilan, kasih sayang, dan perpaduan.
Acara ini turut akan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV1 bermula jam 7:30 pagi, memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk bersama-sama menghayati sambutan ini.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 21 mengingatkan:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”
Penghayatan Maulidur Rasul: Kepentingannya dalam Kehidupan Umat Islam
Sambutan Maulidur Rasul adalah satu peristiwa penting bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia bukan sahaja bertujuan untuk memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, tetapi juga sebagai peluang untuk merenung dan menghayati ajaran serta teladan yang ditinggalkan oleh baginda. Penghayatan terhadap sambutan ini membawa banyak manfaat dari segi kerohanian, sosial, dan moral.
Pertama, melalui Maulidur Rasul, umat Islam dapat memperbaharui kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah contoh teladan terbaik dalam segala aspek kehidupan, termasuk dalam beribadah, berakhlak, dan menjalani kehidupan bermasyarakat. Dengan meneladani sifat-sifat mulia Baginda, seperti sabar, penyayang, dan adil, umat Islam dapat memperbaiki diri. Langkah ini juga membantu meningkatkan kualiti hidup dalam hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
Kedua, penghayatan Maulidur Rasul membantu memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.Program yang dianjurkan sempena sambutan ini, seperti ceramah agama dan majlis tausiyah, berfungsi sebagai platform mengukuhkan ilmu pengetahuan. Ia juga menjadi peluang untuk menyatukan masyarakat dalam suasana ukhuwah Islamiyah.
Melalui sambutan penuh keinsafan ini, umat Islam dapat saling mengingatkan diri tentang kepentingan hidup berlandaskan sunnah dan ajaran Baginda.
Selain itu, sambutan Maulidur Rasul juga menjadi medan untuk meningkatkan semangat dakwah dan menghidupkan kembali nilai-nilai Islam yang mungkin terabai. Ia mengajak umat Islam bermuhasabah diri dan kembali ke jalan yang benar. Selain itu, ia menyeru supaya memperbaiki akhlak dan tingkah laku sesuai dengan syariat Islam.
Kesimpulannya, penghayatan Maulidur Rasul adalah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Ia bukan sahaja memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW, tetapi juga menguatkan perpaduan ummah. Selain itu, ia mendekatkan umat Islam kepada ajaran agama yang suci.
Lihat Juga:
– Contoh Aktiviti Maulidur Rasul Prasekolah Untuk Tadika & Pasti