HomeInfoMyKid 2024: Semakan Status, Kutipan dan Permohonan Baru

MyKid 2024: Semakan Status, Kutipan dan Permohonan Baru

Permohonan MyKid kini dibuka semula di semua Pejabat JPN mulai 29 Julai 2024.

Sebelum ini, permohonan MyKid bayi yang baru lahir ditangguhkan sementara pengeluarannya susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 25 Julai, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bagi pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid, tetapi cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN sebelum hadir untuk kutipan di Pejabat JPN yang dipilih.

Oleh yang demikian, kerjasama dari pemohon yang berkenaan adalah diperlukan bagi memastikan MyKid yang dicetak akan dituntut oleh pemohon, sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan pihak kerajaan.

Kenyataan_Media_Permohonan_Dan_Kutipan_MyKid

Tempoh Semakan 

Tempoh semakan adalah tiga (3) bulan bermula 29 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024.

Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula. 

Kerjasama pemohon yang berkenaan diperlukan bagi memastikan MyKid yang dicetak, akan dituntut oleh pemohon dan sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan pihak Kerajaan.

Semakan dan Pengesahan Cetakan MyKid jpn.gov.my

Semakan dan pengesahan kutipan MyKid yang tertangguh  boleh dibuat secara atas talian di laman portal rasmi https://www.jpn.gov.my/my/

Manakala link pintas semakan pengesahan cetakan MyKid adalah https://spcmykid.jpn.gov.my/  

Link dan sistem di atas adalah untuk mendapatkan PENGESAHAN pemohon bagi cetakan MyKid yang dimohon pada tahun 2023 dan ke bawah.
Penukaran pusat kutipan MyKid adalah TIDAK DIBENARKAN.

Ibu bapa atau pemohon diberi pilihan untuk mencetak atau tidak mencetak MyKid.

Semakan dan Pengesahan Cetakan MyKID

Pertanyaan Lanjut

  • Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-88807077 atau emel ke [email protected]
Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai 2024 (Infografik Bernama)

Permohonan Baharu MyKID 2024

MyKid boleh dipohon semula mulai 29 Julai 2024 oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Untuk memohon, ibu bapa perlu membawa dokumen sokongan berikut:

  • 1. Sijil Kelahiran Malaysia/ Borang W (asal)
  • 2. Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)

Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan ini.

Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai 2024.

Apakah Mykid?

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

  • My – membawa maksud “Malaysia” 
  • Kid   pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. 

Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Kelebihan MyKid

  1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  6. Bentuk cantik dan menarik

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau ikuti media sosial rasmi JPN di platform berikut:


Lihat Juga:
10 Cerita Rakyat Melayu Yang Popular Penuh Sejarah & Tauladan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments