HomeInfoTanggal 31 (Lirik dan Lagu Merdeka Sudirman Arshad "31 Ogos")

Tanggal 31 (Lirik dan Lagu Merdeka Sudirman Arshad “31 Ogos”)

Setiap kali tibanya bulan kemerdekaan, lagu “Tanggal 31” oleh Allahyarham Sudirman Arshad pasti terngiang-ngiang di telinga kita. 

Lagu ini memang memang evergreen, ikonik dan penuh dengan semangat patriotik.. 

Dari dulu sampai sekarang, lagu ini tetap menjadi pilihan utama untuk sambutan Hari Kebangsaan. Kenapa? Sebab liriknya yang mudah, senang diingat, dan penuh makna. Dari golongan muda sampailah tua mesti tahu punyalah  lagu ini mengingatkan kita tentang detik bersejarah kemerdekaan negara. 

Jom kita sama-sama hayati lirik lagu “31 Ogos” ini dan rasai semangat Merdeka yang berkobar-kobar dalam diri.

Lirik lagu 31 Ogos (Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh)


31 Ogos” By Sudirman

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah…

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah…


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka


Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka
Merdeka !

Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Merdeka !

Maksud di Sebalik Lirik Lagu 31 Ogos

Lagu “31 Ogos” oleh Sudirman Arshad ni memang legend, penuh dengan semangat patriotik setiap kali sambutan Bulan Kebangsaan. Lagu ni simple je, tapi penuh makna dan semangat. Lirik dia memang mudah dan senang ingat, pasal tu ramai suka.

Namun di sebalik lirik lagu ini, Sudirman mengajak kita mengingati tarikh bersejarah kemerdekaan, semangat merdeka dan penyatuan rakyat.

1. Tarikh Bersejarah Lirik “Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh” mengingatkan kita tentang tarikh penting kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Ini adalah hari di mana Malaysia bebas daripada penjajahan dan berdiri sebagai sebuah negara merdeka.

2. Semangat Merdeka “Mer-de-ka, mer-de-ka, tetaplah merdeka” diulang-ulang dalam lirik untuk menekankan semangat kebebasan dan kedaulatan negara. Lagu ni mengajak semua rakyat Malaysia untuk merasai dan menghargai kemerdekaan dengan penuh kebanggaan.

3. Penyatuan Rakyat “Mari kita seluruh warga negara, ramai-ramai menyambut hari merdeka” menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersatu-padu menyambut Hari Kemerdekaan. Ini adalah seruan untuk semua lapisan masyarakat berganding bahu dalam semangat perpaduan.

4. Hari Mulia dan Bahagia “Hari yang mulia, hari bahagia” menggambarkan betapa penting dan gembiranya hari kemerdekaan ini untuk seluruh rakyat Malaysia. Ia adalah hari untuk meraikan kebebasan dan kejayaan negara.

Secara keseluruhannya, lagu “31 Ogos” ni bukan sekadar lagu biasa. Ia adalah simbol semangat kebebasan, perpaduan, dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia. 

Pencipta Lagu

Lagu ini asalnya ditulis dan dinyanyikan oleh Ahmad Chass Barra, lebih dikenali sebagai Ahmad C.B., seorang penyanyi dan penulis lagu dari Medan, Indonesia. Sudirman kemudian mempopularkan lagu ini dengan versinya yang penuh semangat patriotik.

Lagu ini menonjolkan tarikh bersejarah 31 Ogos 1957, di mana Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajahan. 

Liriknya yang mudah diingati dan bersemangat mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyambut hari kemerdekaan dengan penuh kebanggaan dan perpaduan.

Lagu ini tidak hanya menceritakan tentang tarikh penting tersebut, tetapi juga menekankan kepentingan semangat kebebasan dan kedaulatan negara. 

Sudirman dengan vokalnya yang penuh perasaan menjadikan lagu ini sebagai satu simbol semangat patriotik yang menyatukan rakyat Malaysia setiap tahun.

Untuk lebih banyak info tentang kemerdekaan, anda boleh layari https://www.merdeka360.my/

Lihat Juga:
– Contoh Aktiviti Kemerdekaan Prasekolah Untuk Tadika dan Pasti
– Pertandingan Fotografi Merdeka: Malaysia MADANI Jiwa Merdeka
– Semangat Patriotik: Contoh Karangan  dan Isi Penting

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments