HomeKerjayaKursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (KSPPH) Sesi 2024/2025

Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (KSPPH) Sesi 2024/2025

Pengambilan Pelatih bagi Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2024-2025, Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mempelawa calon-calon yang layak untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2024-2025. 

Tempoh kursus adalah 2 semester (1 tahun).

Lepasan Institut Latihan Perhutanan berpeluang memohon jawatan sebagai Pengawas Hutan dan Penolong Pemelihara Hutan serta Renjer Hutan dengan semua jabatan perhutanan negeri di Semenanjung selain agensi kerajaan lain serta swasta.

Berikut adalah maklumat mengenai permohonan bagi mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (KSPPH) Sesi 2024 – 2025.

Tempoh Pengajian Dan Syarat Kemasukan

1. Tempoh pengajian dan kelayakan akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • KURSUS – Sijil Perhutanan Pengawas Hutan
  • TEMPOH –  2 semester (Sesi 2024-2025)
  • KURSUS KELAYAKAN AKADEMIK –  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya serta:
    • Kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
    • Lulus mata pelajaran Matematik; dan
    • Lulus mana-mana mata pelajaran Sains;

2. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh permohonan ditutup.

3. Anggota Tentera dan Polis yang telah menamatkan perkhidmatannya dan Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat juga boleh memohon setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.

4. Calon-calon hendaklah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kecacatan anggota.

Makluman

  1. Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak menjamin apa-apa jawatan setelah tamat kursus.
  2. Calon-calon yang sedang mengikuti kursus di FORTRAIN tidak boleh berhenti tanpa kelulusan pihak berkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Jika berlaku pelanggaran ini, calon dikehendaki membayar balik semua perbelanjaan yang ditanggung semasa pengajian kepada Kerajaan Malaysia.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan percuma daripada Pejabat Bahagian Latihan Perhutanan seperti alamat dibawah;

Bahagian Latihan Perhutanan,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
52100 Kepong,
Kuala Lumpur.

atau;

Di mana-mana Jabatan Perhutanan Negeri, Pejabat Hutan Daerah di Semenanjung Malaysia atau boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia https://www.forestry.gov.my

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti yang disebutkan di atas.

Borang permohonan juga boleh dihantar ke alamat e-mel [email protected] 

Permohonan juga boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web https://fortrain.forestry.gov.my atau imbas melalui kod QR pada iklan di bawah

Iklan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan 2024

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Jun 2024 (Jumaat). Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan dan Info Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Latihan Perhutanan atau FORTRAIN di talian telefon 

  • 03-6277 0856
  • 03-6277 0847 
  • 03-6277 8741
  • 03-6274 0572.

Anda juga boleh ikuti laman Facebook Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk sebarang info terkini.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments