HomeInfoKuiz Kemerdekaan 2024: Anjuran Perpustakaan Negara (PNM)

Kuiz Kemerdekaan 2024: Anjuran Perpustakaan Negara (PNM)

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67, Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan Kuiz Kemerdekaan Dalam Talian 2024.

Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat patriotik dan pengetahuan sejarah kemerdekaan Malaysia di kalangan rakyat sempena Bulan Kemerdekaan 2024.

Jom sertai Kuiz Dalam Talian: Perpaduan Melalui Rukun Negara yang diadakan bersempena Bulan Kemerdekaan 2024 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia!

Berikut merupakan butiran penyertaan bagi kuiz yang di adakan.

Tarikh Tutup Penyertaan 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2024.

Syarat dan Terma Penyertaan

  • Pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia kecuali kakitangan PNM dan ahli keluarga.
  • Peserta dikehendaki untuk mengimbas Kod QR yang tertera di poster ini.
  • Sekiranya terdapat jumlah markah yang sama, pemenang akan dipilih berdasarkan slogan terbaik.
  • Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel.
  • Semua penyertaan layak menerima e-Sijil penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Cara Menyertai

Poster Kuiz Kemerdekaan Perpustakaan Negara 2024
  • Imbas Kod QR yang tertera di poster atau klik pautan ini: https://forms.gle/8kSWNe7bFgvpZjaz6.
  • Isi borang penyertaan yang disediakan dengan lengkap.
  • Jawab soalan-soalan kuiz dengan penuh semangat dan pengetahuan mengenai sejarah dan perpaduan negara.
  • Hantar borang penyertaan sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos 2024.

Hadiah Menarik Kuiz Kemerdekaan Perpustakaan Negara

Hadiah Menarik Menanti Pemenang!

Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan hadiah-hadiah yang sangat menarik untuk para pemenang:

  • Tempat Pertama: RM300.00 + Sijil
  • Tempat Kedua: RM200.00 + Sijil
  • Tempat Ketiga: RM100.00 + Sijil

Selain itu, setiap peserta yang menyertai kuiz ini akan menerima e-Sijil penyertaan sebagai penghargaan atas usaha dan semangat mereka.

Soalan Kuiz

Peserta perlu menjawab 50 soalan dalam kuiz ini. Soalan-soalan ini menguji pengetahuan peserta mengenai sejarah, simbol, tokoh, peristiwa, dan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan kemerdekaan dan perpaduan negara Malaysia.

Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan pelbagai aspek yang boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti;

  1. Tokoh Sejarah dan Perdana Menteri
    • Siapakah yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pada hari kemerdekaan pertama.
    • Tokoh sejarah yang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
    • Gelaran kepada mantan Perdana Menteri Malaysia.
  2. Undang-Undang dan Prinsip Kemerdekaan
    • Nama undang-undang yang memperuntukkan kemerdekaan Malaysia.
    • Prinsip dan sejarah Rukun Negara.
    • Sejarah penjajahan dan perjanjian yang melibatkan Tanah Melayu.
  3. Simbol dan Warna Jalur Gemilang
    • Jumlah bintang pada bendera Persekutuan Tanah Melayu semasa kemerdekaan.
    • Warna dan simbol pada Jalur Gemilang.
  4. Lagu Kebangsaan dan Lagu Patriotik
    • Lirik lagu Jalur Gemilang.
    • Asal-usul lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.
  5. Monumen dan Memori Sejarah
    • Monumen yang memperingati pejuang-pejuang yang gugur.
    • Peristiwa yang diperingati pada Hari Kemerdekaan Malaysia.
  6. Tempat dan Tarikh Peristiwa Penting
    • Tempat dan tarikh peristiwa penting dalam sejarah kemerdekaan Malaysia.
    • Tempoh rundingan kemerdekaan dan pengumuman kemerdekaan.
  7. Kepentingan Perpaduan dan Pembangunan Negara
    • Kepentingan perpaduan dalam konteks kemerdekaan dan pembangunan negara.
    • Prinsip utama dalam mewujudkan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Panduan Mencipta Slogan Menarik

Untuk membantu anda mencipta slogan yang menarik dan bermakna, berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti:

  1. Fokus pada Tema
    • Pastikan slogan anda berkaitan dengan tema kemerdekaan dan perpaduan. Cerminkan semangat patriotisme dan kesatuan.
  2. Ringkas dan Padat
    • Slogan anda tidak boleh melebihi 15 patah perkataan. Pastikan ia mudah difahami dan diingati.
  3. Gunakan Bahasa yang Emosional
    • Gunakan perkataan yang mampu menimbulkan emosi dan memberi impak kepada pembaca. Contohnya, kata-kata seperti “bangga”, “bersatu”, “merdeka”, dan “harmoni”.
  4. Cipta Imej Mental
    • Guna perumpamaan atau metafora untuk membantu pembaca membayangkan maksud slogan anda. Contohnya, “Kemerdekaan dan Perpaduan bagi diri saya umpama akar pokok yang kuat menahan badai.”
  5. Unik dan Kreatif
    • Cuba untuk mencipta sesuatu yang berbeza dan menonjol daripada yang lain. Elakkan daripada menggunakan frasa yang terlalu umum atau klise.
  6. Mesej Positif
    • Pastikan mesej yang disampaikan adalah positif dan memupuk semangat perpaduan serta kecintaan kepada negara.
  7. Kaitkan dengan Pengalaman Peribadi
    • Anda boleh menyertakan elemen peribadi untuk menjadikan slogan lebih autentik dan bermakna. Contohnya, “Kemerdekaan dan Perpaduan bagi diri saya umpama pelangi selepas hujan yang membawa harapan baru.”

Contoh Slogan

  1. Kemerdekaan dan Perpaduan bagi diri saya umpama obor yang membakar semangat kesatuan bangsa, menerangi jalan menuju kejayaan.
  2. Kemerdekaan dan Perpaduan bagi diri saya umpama perisai yang melindungi negara, kukuh dan tidak tergoyahkan oleh sebarang ancaman.
  3. Kemerdekaan dan Perpaduan bagi diri saya umpama pelangi selepas hujan, membawa harapan dan kecantikan dalam kesatuan rakyat.

Lihat Juga:
 Pertandingan Fotografi Merdeka: Malaysia MADANI Jiwa Merdeka

– Contoh Aktiviti Kemerdekaan Prasekolah Untuk Tadika dan Pasti
– Semangat Patriotik: Contoh Karangan  dan Isi Penting
Sajak Merdeka: Contoh “Tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments