HomeCutiHari Jadi TYT Sabah (30 Mac 2025) & Sabah Cuti Panjang Raya

Hari Jadi TYT Sabah (30 Mac 2025) & Sabah Cuti Panjang Raya

Susulan pindaan tarikh Hari Jadi TYT Sabah, rakyat negeri ini bakal menikmati cuti panjang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Tarikh 30 Mac telah diwartakan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sabah bersempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman. 

Sebelum ini, hari jadi rasmi TYT ditetapkan pada Sabtu pertama Oktober.

Pindaan Tarikh Rasmi TYT Sabah Kepada 30 Mac

Warta Kerajaan Sabah Pindaan Cuti Hari Jadi TYT Sabah

Pada 6 Mac 2025, Kerajaan Negeri Sabah menerusi Warta Kerajaan No. 88 telah mewartakan pindaan rasmi tarikh Hari Jadi TYT Sabah daripada 4 Oktober kepada 30 Mac. 

Pindaan ini menggantikan ketetapan sebelum ini yang menetapkan sambutan pada Sabtu pertama Jun (sebelum diubah ke Oktober beberapa tahun lalu).

Tarikh baharu ini bertepatan dengan hari lahir sebenar Tun Musa Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang sedang berkhidmat. Ini menjadikan 30 Mac sebagai cuti umum baharu bagi Sabah setiap tahun bermula 2025.

Jadual Cuti Panjang Sabah: 30 Mac – 2 April 2025

SUSULAN pindaan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri 2025 kepada 30 Mac (Ahad) yang diwartakan, Sabah dijangka nikmati cuti panjang daripada 30 Mac sehingga 2 April bergantung dengan pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri selepas hasil cerapan anak bulan.

Jadual Cuti Panjang Sabah- 30 Mac hingga 2 April 2025
Infografik: Sabah Info

Berikut merupakan situasi cuti semasa di Sabah berdasarkan pengumuman terkini:

TarikhHariJenis Cuti
30 Mac 2025AhadHari Jadi TYT Sabah
31 Mac 2025IsninHari Raya Aidilfitri (1 Syawal)
01 April 2025SelasaHari Raya Aidilfitri (2 Syawal)
02 April 2025RabuCuti Ganti (Sabah sahaja)

Tarikh 1 Syawal akan disahkan melalui cerapan anak bulan dan pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. 

Namun, jangkaan kini adalah pada 31 Mac 2025 (Isnin) berdasarkan Kalendar Islam 2025 JAKIM;

Tarikh-Tarikh Penting Kalendar Islam 2025 (1446-1447 Hijrah)

Dah Bayar Zakat Fitrah? Lihat Zakat Fitrah Sabah 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Cuti Tambahan KPM Untuk Sekolah Bagi Negeri Sabah Sempena Hari Raya Puasa 2025

Sekolah-sekolah di Sabah akan menikmati cuti panjang selama 9 hari berturut-turut sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Cuti ini adalah hasil gabungan cuti umum, cuti hujung minggu dan cuti tambahan KPM yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sabah Termasuk Dalam Negeri Kumpulan B

Negeri Sabah tergolong dalam Kumpulan B mengikut pengkelasan Kementerian Pendidikan Malaysia. Maka, cuti sekolah bagi sesi 2025/2026 akan berjalan seperti berikut:

HariTarikhJenis Cuti
Sabtu29 Mac 2025Cuti Hujung Minggu
Ahad30 Mac 2025Cuti Hujung Minggu + Hari Jadi TYT Sabah
Isnin31 Mac 2025Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)
Selasa1 April 2025Hari Raya Kedua (2 Syawal)
Rabu2 April 2025Cuti Tambahan KPM
Khamis3 April 2025Cuti Tambahan KPM
Jumaat4 April 2025Cuti Tambahan KPM
Sabtu5 April 2025Cuti Hujung Minggu
Ahad6 April 2025Cuti Hujung Minggu
Jumlah keseluruhan cuti sekolah bagi Sabah: 9 hari berturut-turut.

Notis Rasmi Sekolah

Pihak sekolah kebiasaannya akan mengeluarkan memo atau surat rasmi kepada ibu bapa bagi memaklumkan:

  • Tarikh cuti rasmi dan tambahan
  • Tarikh kembali ke sekolah
  • Garis panduan keselamatan perjalanan pulang ke kampung

Biodata Ringkas TYT Negeri Sabah Tun Musa Aman

Nama Penuh: Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman
Tarikh Lahir: 30 Mac 1951
Tempat Lahir: Beaufort, Sabah
Jawatan Semasa: Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 (bermula 1 Januari 2025)

Latar Belakang Pendidikan

  • Pendidikan awal: St. Paul’s Anglican Primary School, Beaufort
  • Menengah: Sabah College & All Saints Secondary School, Kota Kinabalu
  • Ijazah Sarjana Muda: Pentadbiran Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Ijazah Sarjana (MBA): Edith Cowan University, Perth, Australia

Kerjaya Politik

  • Bermula dalam politik pada tahun 1990 (USNO – DUN Sugut)
  • Pelopor pengembangan UMNO di Sabah
  • Pernah menjadi:
    • Bendahari Penaja UMNO Sabah
    • Ketua UMNO Bahagian Libaran
    • Bendahari Barisan Nasional (BN) Sabah

Ketua Menteri Sabah (2003–2018)

  • Dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-14 pada 27 Mac 2003
  • Menjadi Ketua Menteri Sabah paling lama berkhidmat (15 tahun)
  • Memegang portfolio Menteri Kewangan Sabah sepanjang pentadbirannya

Pelantikan TYT Sabah

  • Dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 oleh YDPA Sultan Ibrahim pada 17 Disember 2024
  • Tempoh perkhidmatan: 1 Januari 2025 – 31 Disember 2028
  • Menggantikan Tun Juhar Mahiruddin

Anugerah & Penghargaan

  • Penerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) – membawa gelaran Tun

Kehidupan Peribadi

  • Isteri: Toh Puan Faridah Tussin
  • Anak: 4 orang, termasuk Yamani Hafez Musa (ahli politik)
  • Adik: Datuk Seri Anifah Aman (bekas Menteri Luar Negeri)
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments