HomeCutiCuti Sekolah September 2024: Tarikh Cuti Penggal 2 KPM

Cuti Sekolah September 2024: Tarikh Cuti Penggal 2 KPM

Mengikut Kalendar Akademik Sesi 2024/2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh cuti sekolah bagi penggal 2 untuk bulan September 2024.

Cuti penggal 2 ini setelah 15 minggu sesi persekolahan yang berlangsung dari bulan 6 hingga bulan 9 2024.

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai tarikh cuti penggal 2 KPM bulan September bagi sesi 2024/2025.

Tarikh Cuti Sekolah September 2024

Kalendar Kuda September 2024

Kumpulan A 

Kumpulan A terdiri daripada negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah.

Tarikh dan tempoh cuti adalah seperti berikut;

  • Cuti penggal 2 sekolah KPM : 13 September 2024 (Jumaat) – 21 September 2024 (Sabtu)
  • Jumlah hari cuti: 9 hari
  • Tarikh buka sekolah semula: 22 September 2024 (Ahad)
Kalendar Akademik KPM Kumpulan A Tahun 2024 2025

Kumpulan B

Kumpulan B  terdiri daripada Negeri Selangor, Sabah, Sarawak,  Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, W.P Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Tarikh dan tempoh cuti adalah seperti berikut;;

  • Cuti penggal dua sekolah : 14 September 2024 (Sabtu) – 22 September 2024 (Ahad) 
  • Jumlah Hari Cuti: 9 hari
  • Tarikh Buka Sekolah Semula: 23 September 2024 (Isnin)
Kalendar Akademik KPM Kumpulan B Tahun 2024 2025

Cuti Penggal 3, Sesi 2024/2025

Kalendar Kuda Disember 2024

Cuti sekolah seterusnya adalah cuti penggal 3 pada bulan Disember selama 9 hari;

Kumpulan A

  • Cuti Penggal 3 KPM: 20 Disember 2024 (Jumaat) – 28 Disember 2024 (Sabtu)
  • Jumlah Hari Cuti: 9 hari

Kumpulan B

  • Cuti Penggal 3 KPM: 21 Disember 2024 (Sabtu) – 29 Disember 2024 (Ahad)
  • Jumlah Hari Cuti: 9 hari

Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2024/2025

01 - Kalendar Kuda Bulan Januari 2024
02 - Kalendar Kuda Bulan Februari 2024

Kumpulan A

  • Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025: 17 Januari 2025 (Jumaat) – 15 Februari 2025 (Sabtu)
  • Jumlah Hari Cuti: 30 hari

Kumpulan B

  • Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025: 18 Januari 2025 (Sabtu) – 16 Februari 2025 (Ahad)
  • Jumlah Hari Cuti: 30 hari

Cadangan Aktiviti Cuti Sekolah Bulan 9 2024

Dengan tiba nya cuti sekolah pada bulan September 2024, ramai pelajar dan keluarga sedang merancang untuk mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna dan menyeronokkan. 

Di samping cuti dan rehat yang diperlukan, terdapat pelbagai pilihan aktiviti yang boleh dinikmati oleh semua. 

Berikut adalah cadangan aktiviti yang menarik untuk dilakukan sepanjang cuti sekolah tersebut:

  1. Berkelah di taman awam
  2. Lawatan ke taman tema atau zoo
  3. Hari keluarga 
  4. Kelas masakan bersama keluarga
  5. Bengkel seni dan kraf di rumah
  6. Sukan dan aktiviti fizikal di padang
  7. Senaman bersama keluarga di taman
  8. Aktiviti sukarelawan di rumah kebajikan
  9. Membaca dan berkongsi buku kegemaran
  10. Menonton filem atau maraton siri TV keluarga

Hari Keluarga

Hari keluarga sempena cuti sekolah merupakan masa yang sangat dinantikan oleh anak-anak. Ia juga boleh diperluaskan kepada hari keluarga yang besar terdiri daripada datuk, nenek, ibu dan bapa saudara, sepupu dan sebagainya.

Ia memberikan peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang seperti sukaneka dan sebagainya boleh membantu dalam membentuk kenangan indah yang akan dikenang sepanjang hayat.

Menonton Filem atau Maraton Siri TV Keluarga

Menonton filem atau maraton siri TV keluarga merupakan salah satu aktiviti yang popular dan menyeronokkan semasa cuti sekolah. Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menyediakan peluang untuk keluarga berkumpul dan menikmati masa bersama dalam suasana yang santai.

Contohnya:

  • Kdrama (Korean Drama): Kdrama terkenal dengan jalan cerita yang menarik, penuh emosi, dan pelakon-pelakon yang berbakat. Siri seperti “Crash Landing on You,” “Goblin,” dan “Descendants of the Sun” bukan sahaja menarik tetapi juga mempunyai nilai-nilai murni yang boleh dipelajari. Menonton Kdrama bersama keluarga boleh menjadi pengalaman yang mendekatkan kerana jalan ceritanya sering berkisar tentang cinta, persahabatan, dan pengorbanan.
  • Cdrama (Chinese Drama): Cdrama menawarkan pelbagai genre dari kisah sejarah epik seperti “The Untamed,” kepada cerita cinta moden seperti “Love O2O.” Cdrama seringkali mempunyai produksi yang berkualiti tinggi dengan kostum dan set yang memukau. Menonton Cdrama boleh memberi pendedahan kepada budaya dan tradisi Cina yang kaya, sambil menikmati cerita yang memukau dan watak-watak yang kompleks.

Bercuti di Tempat Menarik

Bercuti di tempat menarik semasa cuti sekolah merupakan peluang yang baik untuk keluarga melarikan diri dari rutin harian dan menikmati masa berkualiti bersama. 

Aktiviti ini bukan sahaja memberikan keseronokan, tetapi juga membolehkan keluarga meneroka tempat-tempat baru, belajar tentang budaya dan sejarah, serta mempererat hubungan antara satu sama lain.

Contoh Tempat Menarik untuk Bercuti:

  1. Pulau Langkawi:
    • Aktiviti: Lawatan ke Underwater World, menikmati keindahan Pantai Cenang, menaiki kereta kabel ke Gunung Mat Cincang, dan membeli-belah di pasar malam.
  2. Cameron Highlands:
    • Aktiviti: Melawat ladang teh, kebun strawberi, taman bunga, dan pasar malam Brinchang.
  3. Pulau Redang:
    • Aktiviti: Snorkeling, menyelam skuba, berjemur di pantai, dan melawat taman marin.
  4. Kuala Lumpur:
    • Aktiviti: Melawat Menara Kuala Lumpur, Petrosains, Aquaria KLCC, dan taman tema Sunway Lagoon.
  5. Melaka:
    • Aktiviti: Melawat Kota A Famosa, muzium, Jonker Street, dan menikmati makanan tempatan.
  6. Genting Highlands:
    • Aktiviti: Menaiki kereta kabel, melawat taman tema, menikmati pertunjukan di Arena of Stars, dan bersiar-siar di Genting Premium Outlets.
  7. Taman Negara:
    • Aktiviti: Jungle trekking, canopy walk, menyusuri sungai, dan melawat kampung orang asli.
  8. Penang:
    • Aktiviti: Melawat Penang Hill, mural jalanan di George Town, Pantai Batu Ferringhi, dan muzium interaktif.
  9. Desaru Coast:
    • Aktiviti: Melawat taman tema air, bersantai di pantai, bermain golf, dan melawat ladang buaya.
  10. Fraser’s Hill:
    • Aktiviti: Mendaki, memerhati burung, berkuda, dan melawat taman bunga.

Lihat Juga:
10 Tempat Menarik Bawa Anak-anak Bersempena Cuti Sekolah
Percutian Ala Kampung: Menghargai Keindahan Kehidupan Desa
Senarai Tempat Menarik Di Kedah 2024: Sesuai Percutian Family

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments