HomeBantuanBantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pesara: Cara Permohonan

Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pesara: Cara Permohonan

Menurut Bahagian Pencen JPA, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023, permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) susulan kematian pesara Kerajaan dalam tempoh persaraan perlu dikemukakan permohonan kepada pihak KWAP dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh kematian pesara.

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang format baharu yang boleh didapati di Portal Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam.

Berikut merupakan cara permohonan BMJ, termasuk syarat-syarat, dokumen yang diperlukan, semakan bayaran dan proses permohonan yang perlu diikuti.

Apa itu Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)?

BMJ ialah bantuan kewangan yang diberikan sekali sahaja untuk menguruskan jenazah pesara. Bantuan ini diberikan atas kematian pesara sahaja, bukan bagi kematian pasangan, balu, atau duda pesara.

Kelayakan Permohonan

BMJ boleh dipohon oleh mereka yang menguruskan jenazah pesara, tanpa mengira sama ada pesara tersebut:

  • Pesara skim pencen
  • Pesara kerajaan yang memilih Skim KWSP dan bersara paksa
  • Pesara dengan jabatan terakhir selain jabatan persekutuan, seperti pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, dan negeri

Permohonan diuruskan dan dibayar oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM3,000.

Penerima Mengikut Keutamaan

  1. Balu atau Duda;
  2. Anak;
  3. Ibu atau Bapa;
  4. Pihak lain yang menguruskan jenazah.

Tempoh Permohonan

Permohonan mesti dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara.

Permohonan yang dituntut melebihi tempoh 12 bulan dari tarikh kematian tidak akan diproses.

Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Berkuat kuasa 1 Januari 2023

Cara Memohon Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)

Langkah 1: Muat Turun Borang Permohonan

Langkah 2: Isi Borang dengan Lengkap

Isi borang dengan maklumat yang tepat dan lengkap. Baca arahan dalam borang dengan teliti.

Langkah 3: Sediakan Dokumen Sokongan

Lampirkan dokumen berikut:

  1. Borang Permohonan BMJ yang lengkap diisi
  2. Salinan Sijil Kematian pesara
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  4. Salinan muka surat hadapan buku akaun/ penyata/ surat pengesahan bank pemohon:
  5. Dokumen yang menunjukkan hubungan antara pesara dan pemohon:
    • Balu atau Duda – salinan Sijil Nikah;
    • Anak – salinan Sijil Kelahiran Anak;
    • Ibu atau Bapa – salinan Sijil Kelahiran Pesara;
    • Pihak lain yang menguruskan jenazah – Surat Akuan Sumpah dan dokumen sokongan/resit rasmi bukti pengurusan kematian.

Langkah 4: Hantar Borang dan Dokumen Sokongan

Hantar borang dan dokumen sokongan melalui:

Borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen sokongan juga boleh dikemukakan ke alamat berikut:

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Aras 2, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya
SELANGOR

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pencen Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Jalan UMS – Sulaman, Likas
Peti Surat No 2061
88450 Kota Kinabalu
SABAH

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pencen Cawangan Sarawak
Aras 2, Bangunan Marzuki, Lot 1656 Seksyen 65
Jalan Tun Dato’ Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub Petrajaya
93050 Kuching
SARAWAK

Perhatian

Pastikan permohonan dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara. Permohonan yang dihantar selepas tempoh ini tidak akan diproses.

Nota Tambahan

  1. Isi borang dengan teliti. Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
  2. Bagi kematian pesara tentera, rujuk dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Pesara dinasihatkan untuk mencetak borang dan memaklumkan kepada waris untuk persediaan.

Jika Pesara Tidak Mempunyai Pasangan Hidup

Apabila pesara tidak mempunyai pasangan hidup, pemohon seperti adik, abang, atau kakak perlu membuktikan hubungan dengan simati. Dokumen seperti sijil lahir simati dan pemohon yang menunjukkan mereka mempunyai ibu bapa yang sama diperlukan.

Contoh kes melibatkan rakan sekerja yang menguruskan ‘cremation’ kakaknya, seorang pesara kerajaan yang tidak berkahwin. Borang permohonan dan dokumen dihantar melalui email ke KWAP Malaysia. KWAP meminta ‘Surat Akuan BMJ’, yang merupakan borang khusus untuk kes sebegini, bukan Surat Akuan Bersumpah dari Pesuruhjaya Sumpah. Borang tersebut boleh disahkan oleh seorang Ketua Kampung atau Pegawai Kumpulan A.

Faedah Terbitan untuk Penjawat Awam Bujang yang Meninggal Dunia

Penjawat awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan layak untuk beberapa faedah terbitan. Waris yang layak menerima faedah ini adalah ibu atau bapa sahaja. Berikut adalah faedah terbitan yang layak diterima:

  • Ex-Gratia Kematian (kerana tempoh perkhidmatan kurang dari 20 tahun)
  • Ex-Gratia Terbitan (untuk ibu atau bapa)
  • Ganjaran Terbitan
  • Award Wang Tunai GCR (jika ada simpanan)
  • Bantuan Mengurus Jenazah

Adik-beradik tidak layak menerima sebarang faedah terbitan, kecuali bagi Bantuan Mengurus Jenazah jika mereka yang menguruskan jenazah. Permohonan Faedah Terbitan ini diuruskan oleh Jabatan Akhir gemulah kerana kematian berlaku dalam perkhidmatan. Hanya ibu atau bapa perlu menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan.

Cara Semakan Bayaran BMJ

Untuk menyemak status bayaran BMJ, anda boleh melayari pautan berikut: 

Borang-Borang berkaitan

Sumber: Bahagian Pencen JPA

  1. Portal Pencen JPA
  2. Facebook Bahagian Pencen JPA –  Hantaran bertarikh 8 Jun 2024
  3. Facebook Bahagian Pencen JPA –  Hantaran bertarikh 7 Julai 2022  
  4. Facebook Bahagian Pencen JPA –  Hantaran bertarikh 12 April 2022 

Lihat juga

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments