Waktu solat raya Aidilfitri pukul berapa?
Secara umumnya, waktu solat Hari Raya Aidilfitri bermula kira-kira 15 hingga 20 minit selepas terbit matahari (syuruk) dan berakhir sebelum masuk waktu Zohor.
Di Malaysia, waktu ini biasanya jatuh antara jam 7:30 pagi hingga 8:30 pagi bergantung kepada negeri masing-masing.
Kebanyakan Jabatan Agama Islam negeri-negeri menyelaraskan waktu solat Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan keseragaman pelaksanaan di seluruh masjid dan surau utama di negeri masing-masing.
Penetapan ini bukan sahaja mengambil kira faktor syarak, tetapi juga bertujuan untuk memberi ruang kepada jemaah bersiap awal, mengelakkan kekeliruan dan memastikan pelaksanaan khutbah serta takbir raya dapat dijalankan dengan teratur dan penuh adab.
Lihat Juga: 10 Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri Yang Dianjurkan
Jadual Waktu Solat Sunat Aidilfitri 2025 Mengikut Negeri
Berikut ialah jadual dan anggaran waktu pelaksanaan solat Aidilfitri 2025 di seluruh Malaysia berdasarkan maklumat terkini yang kami himpun:
Negeri/Wilayah | Waktu Solat Sunat Aidilfitri 2025 |
Johor | 8:30 pagi |
Kedah | 8:30 – 8:45 pagi (ikut kariah); |
Kelantan | 8.30 pagi |
Melaka | 8.30 pagi |
Negeri Sembilan | 8.30 pagi |
Pahang | 8.45 pagi |
Perak | 8.30 pagi |
Perlis | 7:45 – 8:15 pagi (ikut kariah); 8:00 pagi (Kota Raja Arau); 8:15 pagi (jika hujan) |
Pulau Pinang | 8:30 pagi |
Sabah | 7.45 pagi |
Sarawak | tiada maklumat |
Selangor | 8.30 pagi |
Terengganu | 8.30 pagi |
W.P. Kuala Lumpur | 8:30 pagi |
W.P. Putrajaya | 8:30 pagi |
W.P. Labuan | 8:00 pagi |
Nota: Sila rujuk Jabatan Agama Islam atau masjid/qariah masing-masing untuk jadual yang lebih tepat
Lihat Juga: Pantun Hari Raya Aidilfitri 2025 (Klasik, Lawak, 2 Kerat, Duit Raya)
Johor

Berdasarkan pengumuman rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bertarikh 6 Mac 2025 bersamaan 5 Ramadan 1446H, waktu pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2025 bagi seluruh masjid dan surau di Negeri Johor telah diselaraskan pada jam 8:30 pagi.
Ketetapan ini bertujuan memastikan kelancaran solat dan keseragaman pelaksanaan di seluruh negeri.
Selangor

Berdasarkan makluman rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dikongsi melalui laman Facebook, waktu pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bagi seluruh Negeri Selangor telah ditetapkan pada jam 8:30 pagi, 1 Syawal 1446H.
Penetapan ini terpakai untuk semua masjid, surau dan musolla di seluruh negeri bagi memastikan keseragaman dan kelancaran ibadah pada pagi hari raya.
Pahang

Berdasarkan surat rasmi Jabatan Mufti Negeri Pahang bertarikh 25 Mac 2025 (24 Ramadan 1446H), dengan perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, waktu pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bagi seluruh Negeri Pahang Darul Makmur telah ditetapkan pada jam 8:45 pagi.
Ketetapan ini berkuat kuasa di semua masjid dan surau di seluruh negeri.
Terengganu

Berdasarkan surat rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bertarikh 16 Mac 2025 (15 Ramadan 1446H), waktu pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Tahun 1446H/2025M bagi seluruh masjid dan surau di Negeri Terengganu telah ditetapkan pada jam 8:30 pagi.
Semua masjid dan surau di negeri ini diminta melaksanakan solat sunat Aidilfitri mengikut ketetapan yang telah dinyatakan.
Sabah

Bagi Negeri Sabah, berdasarkan surat rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bertarikh 25 Mac 2025 (24 Ramadan 1446H), pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1446H hendaklah diadakan secara serentak di seluruh negeri bermula jam 7:45 pagi, dimulakan dengan taklimat kaifiat solat Aidilfitri.
Pihak jabatan turut menekankan kepentingan menjaga adab dan kesatuan dalam menyambut hari raya serta menyeru jemaah untuk membawa sejadah sendiri dan berwuduk dari rumah.
Perlis
Berdasarkan titah rasmi Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertarikh 27 Mac 2025, pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 1446H / 2025M di Negeri Perlis ditetapkan dengan pendekatan yang fleksibel dan berasaskan kariah masing-masing:
Waktu Solat Aidilfitri di Perlis:
- Antara jam 7:45 pagi hingga 8:15 pagi, bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing.
- Kariah Kota Raja Arau: Solat akan dilaksanakan di Dataran Istiadat Istana Arau pada jam 8:00 pagi.
- Jika cuaca tidak mengizinkan, solat dipindahkan ke ruang dalam masjid dan dilaksanakan pada jam 8:15 pagi.
Cara Penetapan Solat Aidilfitri di Perlis:
- Solat digalakkan dilakukan di tanah lapang (musolla) sebagai mencontohi sunnah Rasulullah SAW.
- Penetapan waktu dan lokasi dibuat oleh Jawatankuasa Kariah Masjid dengan mengambil kira keperluan setempat.
- Jika terpaksa dilakukan di dalam masjid atau surau rasmi, pelaksanaan mesti mendapat persetujuan JAIPs.
- Semua pengurusan masjid diminta mengikut panduan rasmi daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis termasuk berkaitan takbir, khutbah dan kaifiat solat.
Ketetapan ini mencerminkan pendekatan berteraskan syarak, suasana setempat dan fleksibiliti pentadbiran agama negeri demi keselesaan dan kesatuan umat Islam Perlis pada pagi Aidilfitri.
Panduan Takbir Hari Raya Aidilfitri
Bila mula takbir?
Takbir Hari Raya Aidilfitri (takbir mursal) bermula selepas Maghrib pada malam 1 Syawal dan berakhir sebelum imam mengangkat takbiratul ihram untuk solat sunat raya.
Digalakkan bertakbir di masjid, rumah, atau semasa dalam perjalanan ke tempat solat bagi membesarkan Allah SWT.
Panduan Solat Sunat Aidilfitri (Infografik JAKIM)
Jumlah rakaat: 2 rakaat (tanpa azan dan iqamah)
Tempat: Di masjid, surau, musolla atau di rumah jika ada keuzuran
Berikut ialah Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri berdasarkan infografik rasmi JAKIM:

Niat Solat Sunat Aidilfitri
أُصَلِّي سُنَّةَ عِيدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا/مَأْمُومًا) لِلّٰهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Taala.”
Kaifiyat Rakaat Pertama
- Takbiratul Ihram beserta niat solat sunat Aidilfitri
- Membaca doa iftitah
- Bertakbir sebanyak tujuh (7) kali, diselangi dengan lafaz tasbih enam (6) kali
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca surah pilihan dari Al-Quran
- Menyempurnakan rakaat seperti biasa
Kaifiyat Rakaat Kedua
- Mengangkat takbir lima (5) kali, diselangi dengan lafaz tasbih empat (4) kali
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca surah pilihan dari Al-Quran
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat
- Memberi salam
Lafaz Tasbih (Diselangi Setiap Takbir)
سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ
وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksud: Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya serta kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Khutbah Hari Raya:
- Sunat dilakukan selepas solat bagi jemaah.
- Jika solat bersendirian, khutbah tidak perlu dilakukan.
Soalan Lazim (FAQ)
Rujuk jadual setiap negeri
Ya, sekiranya tidak berpeluang berjemaah di masjid atau musolla. Kaifiatnya sama seperti solat berjemaah, tetapi khutbah tidak diperlukan.
Ia adalah sunat muakkad (sangat dituntut), bukan wajib. Namun sangat digalakkan untuk tidak ditinggalkan.
Kira-kira 15 hingga 20 minit selepas waktu syuruk hingga sebelum masuk waktu Zohor.
Lihat Juga