HomeBerbuka Puasa dan ImsakBerbuka Puasa Negeri Sembilan 2025 dan Imsak (Jadual Waktu JAKIM)

Berbuka Puasa Negeri Sembilan 2025 dan Imsak (Jadual Waktu JAKIM)

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak yang dilampirkan ini adalah untuk bulan Ramadhan tahun 2025 / 1446 Hijrah bagi seluruh kawasan di Negeri Sembilan.

Jadual waktu yang digunakan adalah berdasarkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bagi bulan Ramadhan 1446H/2025M.

Takwim atau jadual ini disusun bagi memudahkan anda untuk untuk melihat atau menyemak waktu berbuka puasa dan imsak mengikut zon masing-masing di Negeri Sembilan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak ini telah disusun berdasarkan tiga zon untuk kawasan-kawasan di Negeri Sembilan, yang mencakupi Tampin, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau dan Seremban.

Semoga jadual ini akan membantu anda merancang aktiviti semasa berpuasa dan juga memastikan anda tidak terlepas waktu untuk makan sahur atau berbuka.

Daerah Jempol dan Tampin – Zon 1

Negeri Sembilan Zon 1 - Jempol dan Tampin - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2025

Selain jadual berbuka puasa dan imsak, dilampirkan juga Takwim Solat dalam bentuk pdf bagi zon 1 Negeri Sembilan untuk bulan Ramadhan 1446 Hijrah.

Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau – Zon 2

Negeri Sembilan Zon 2 - Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2025

Dilampirkan juga Takwim Solat dalam bentuk pdf bagi zon 2 Negeri Sembilan untuk bulan Ramadhan 1446 Hijrah.

Seremban dan Port Dickson – Zon 3

Negeri Sembilan Zon 3 - Port Dickson dan Seremban - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2025

Dilampirkan juga Takwim Solat dalam bentuk pdf bagi zon 3 Negeri Sembilan untuk bulan Ramadhan 1446 Hijrah.

Semakan Ketepatan Waktu terkini (SIRIM)

Sempena kedatangan bulan Ramadan bagi tahun 1446H/2026M, anda disarankan untuk membuat semakan dan mengemas kini ketepatan jam di premis masing-masing, terutamanya di masjid dan surau.

Ketepatan masa adalah penting, terutamanya dalam menjalani ibadah seperti puasa, untuk memastikan waktu imsak dan berbuka diikuti dengan tepat.

Cara Semakan

Semak dan Kemaskini Waktu Terkini (SIRIM)

Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web https://mst.sirim.my/, selaras dengan Waktu Standard Malaysia.

Perhatikan waktu yang dipaparkan di laman web tersebut dan bandingkan dengan jam anda. Jika terdapat perbezaan, laraskan jam anda supaya sepadan dengan waktu standard yang dipaparkan.

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Berbuka Puasa

  1. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari. 
  2. Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air. 
  3. Membaca doa sebelum berbuka puasa. 
  4. Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa

Selain itu juga, kita digalakkan untuk memberi makan /menjamu orang yang berbuka puasa kerana mempunyai fadhilat yang begitu besar.

Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud;

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa’alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksudnya: “Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Bersahur

Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.

Waktu bersahur ialah bermula pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu sahur.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit RA bahawa beliau berkata;

“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan sahur itu sekadar bacaan lima puluh ayat”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang itu dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”. 

Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?

HUKUM tersalah iftar AWAL kerana azan di radio

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan sekiranya adalah berbuka puasa awal disebabkan azan yang salah di Radio;

“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”

Bagaimana Jika Tersalah Bersahur Dengan Makan dan Minum Selepas Azan Subuh?

Tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur

Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain

Rujukan; https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3410-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-130-hukum-tersalah-bersahur-atau-berbuka-puasa-bukan-pada-waktunya?

Lihat juga waktu berbuka puasa dan imsak bagi negeri-negeri lain;

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu
Apakah niat puasa bulan Ramadhan?

– Niat tiap-tiap hari – “Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”
– Niat sebulan – dilakukan pada malam pertama puasa (1 Mac 2025 – Sabtu malam) – “Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadan secara keseluruhannya pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”

Adakah masuk waktu imsak bermulanya puasa?

Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa.

Apa hukumnya tersalah berbuka puasa awal kerana azan di radio?

“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”

Apakah Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Berbuka Puasa?

1) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.
2) Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air.
3) Membaca doa sebelum berbuka puasa.
4) Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments