BANTUAN SKIM AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP TAHUN 2025
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui Zakat Pulau Pinang membuka permohonan Bantuan Awal Persekolahan untuk tahun 2025.
Mereka yang ingin memohon bantuan ini perlulah meneliti syarat-syarat yang telah ditetapkan agar bantuan yang dipohon dapat diluluskan.
Apa itu Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang?
Ia merupakan salah satu skim bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang yang terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin di negeri ini yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.
Objektif utama bantuan ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Syarat dan Kelayakan
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah (kecuali penerima Skim Bulanan Zakat Pulau Pinang, MAINPP).
Sesi Persekolahan pada Tahun 2025
- Sekolah Rendah: Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja.
- Sekolah Menengah: Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sahaja.
* Nota: Pra sekolah dan tadika tidak dipertimbangkan. Pelajar Sekolah Khas sehingga umur 17 tahun pada 2025.
Bilangan Anak dan Pendapatan Kasar Isi Rumah
- 2 orang anak bersekolah: RM1,800.00 dan ke bawah.
- 3 orang anak bersekolah: RM2,500.00 dan ke bawah.
- 4 orang anak bersekolah: RM2,750.00 dan ke bawah.
- 5 orang anak bersekolah dan ke atas: RM3,000.00 dan ke bawah.
*Pelajar IPT tidak dipertimbangkan
Tempoh Permohonan
Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang ini dibuka mulai 23 September 2024 hingga 30 Oktober 2024 (Rabu).
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Slip gaji/pengesahan pendapatan pemohon & isteri (jika bekerja).
- Salinan sijil cerai/Sijil kematian/Surat Akuan (jika pemohon ibu tunggal).
- Surat pengesahan pelajar daripada sekolah.
- Salinan penyata akaun/pengesahan akaun bank.
- Surat pengesahan dari JKM/PERKESO/Pencen (jika berkenaan).
Cara Memohon
Dapatkan borang permohonan di kaunter ZPP yang berhampiran.
Senarai Kaunter Zakat Pulau Pinang
Bandar Perda (HQ)
Balik Pulau
Bayan Baru
Georgetown
Nibong Tebal
Butterworth
Ayer Hitam
Kepala Batas
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang MAINPP melalui telefon:
- 04-549 8088 (Ext: 125/129/151/155/168)
- WhatsApp: +6011 507 1117 / +6019 431 9199
- Emel: [email protected]Â
Sumber: Facebook Zakat Pulau Pinang dan Laman web Zakat Pulau Pinang
Lihat Juga:
– Kursus Kimpalan Percuma untuk Asnaf Pulau Pinang oleh (ZPP)