HomeInfoSambutan Hari Kemerdekaan 2024: Perarakan Hari Kebangsaan

Sambutan Hari Kemerdekaan 2024: Perarakan Hari Kebangsaan

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, tumpuan rakyat Malaysia pastinya adalah perarakan Hari Kebangsaan yang sangat dinanti-nantikan oleh semua.

Pada tahun ini, 31 Ogos jatuh pada hari Sabtu, yang memberikan peluang kepada lebih ramai orang untuk hadir ke sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Putrajaya.

Bagi mereka yang merancang untuk menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ini, berikut adalah beberapa maklumat penting yang boleh dijadikan panduan.

Tarikh, Lokasi, dan Masa

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 (Putrajaya)

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan berlangsung pada:

  • Tarikh: 31 Ogos 2024
  • Hari: Sabtu
  • Lokasi: Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Masa: Bermula jam 7.00 pagi

Pastikan anda tiba awal untuk mendapatkan tempat yang baik dan menikmati keseluruhan acara tanpa sebarang masalah.

Aktiviti dan Acara Tumpuan

Selain daripada perarakan Hari Kemerdekaan sepanjang sambutan, beberapa acara utama yang akan menarik perhatian termasuk:

  1. Formasi Brass Band
  2. Perarakan Aset Terkini
  3. Kereta Berhias (Float)
  4. Persembahan Udara Angkatan Tentera
  5. Persembahan Kesenian Malaysia Madani (Dance / Hand Drill dan Stomp)
  6. Persembahan Human Graphic (Dance / Hand Drill)
  7. Persembahan Tempur Tanpa Senjata

Pada tahun-tahun lalu, acara yang menjadi tumpuan adalah;

  • Aksi Payung Terjun 69 KOMANDO PDRM VAT69.
  • Perarakan Abang Bomba
  • Pertunjukan udara dan lain-lain
Aktiviti dan Acara Tumpuan Hari Kebangsaan 2024

Kemudahan Sepanjang Sambutan

Sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan ini, pihak kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan untuk keselesaan pengunjung termasuk;

  • 80 Perkhidmatan Shuttle Bus
  • 5 Jeti Water Taxi
  • 7,652 Tempat Letak Kereta Awam
  • 40 Trak Makanan (Food Truck)
  • 8,000 Tempat Duduk Awam Bertingkat (Tangga Kambing)
  • 200 Tandas Awam
  • 15 Kemudahan Medik
  • 15 Poket LED
Kemudahan Orang Awam Sambutan Hari Kemerdekaan 2024

Penutupan Jalan Sesi Raptai dan Sambutan Hari Kemerdekaan

Penutupan jalan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya akan berlaku dari 26 hingga 31 Ogos 2024. 

Seperti kebiasaannya, beberapa jalan utama akan ditutup untuk memberi laluan kepada perarakan dan sesi raptai. 

Pastikan anda merancang perjalanan anda dengan baik dan mengelak dari menggunakan kenderaan persendirian di kawasan yang terlibat dengan penutupan jalan. Gunakan pengangkutan awam yang disediakan untuk keselesaan dan kemudahan anda.

Sila lihat panduan bergambar yang disediakan bagi memastikan perjalanan anda selesa.

Penutupan Jalan Sesi Raptai dan Sambutan Hari Kemerdekaan

Tempat Parking

Sebagai alternatif, sebanyak 7,652 tempat letak kereta awam disediakan di kawasan sekitar Putrajaya. 

Pengunjung dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan mereka di tempat yang disediakan dan menggunakan perkhidmatan shuttle bas untuk ke tempat acara.

Perkhidmatan Shuttle Bas, ERL dan MRT

Memandangkan banyak jalan akan ditutup sempena sambutan ini, orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan awam seperti shuttle bas (percuma), ERL dan MRT.

Berikut adalah butiran lanjut:

Perkhidmatan Shuttle Bas, ERL dan MRT
  • ERL: Beroperasi mulai jam 4.00 pagi.
  • Shuttle Bus Percuma: Beroperasi dari jam 4.00 pagi hingga 2.00 petang dengan kekerapan setiap 15 minit.
  • MRT Putrajaya Line: Beroperasi 24 jam.

Terdapat tiga laluan Shuttle Bus yang disediakan dengan pick-up/drop-off point seperti berikut:

  • Laluan MS01:
    • Pick-up/Drop-off Point: Lobi MRT Terminal Putrajaya Sentral (TPS), Presint 7 ke Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2.
  • Laluan MS02:
    • Pick-up/Drop-off Point: Level Mezzanine, Lobi Utama Putrajaya International Convention Centre (PICC) ke Jalan PAX, Presint 4.
  • Laluan MS03:
    • Pick-up/Drop-off Point: Taman Botani dan Bulatan Perisai Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) ke I-Centre, Dataran Putra, Presint 1.

Teksi Air Percuma: Jadual Perkhidmatan 

Sambutan Hari Kemerdekaan 67 Teksi Air Percuma

Buat pengunjung yang ingin merasai pengalaman menakjubkan menaiki Teksi Air secara PERCUMA, ini merupakan peluang istimewa untuk anda. Kekerapan teksi air adalah antara 10 hingga 20 minit bergantung kepada laluan yang dipilih.

Berikut merupakan jadual Perkhidmatan Teksi Air sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2024 di Dataran Putrajaya.

Jadual Perkhidmatan Teksi Air Percuma 31 Ogos 2024

Rapid KL: Perkhidmatan 24 Jam Rel dan Laluan Bas Terpilih pada 30 dan 31 Ogos

Rapid KL, selaku jenama kepada pengendali perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang, mengumumkan semua perkhidmatan rel merangkumi LRT, MRT dan Monorel, serta BRT Laluan Sunway dan laluan bas terpilih akan beroperasi selama 24 jam pada malam 30 Ogos 2024 sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Sehubungan itu, semua servis rel akan beroperasi bermula dari jam 6.00 pagi pada 30 Ogos sehingga 11.30 malam pada 31 Ogos 2024.

Rapid KL akan turut menyediakan sehingga 60 bas perantara percuma dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya bermula jam 6.00 petang, 30 Ogos hingga jam 3.00 petang, 31 Ogos bagi memudahkan warga kota yang ingin meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya.

Siaran Langsung

Bagi mereka yang tidak dapat hadir, siaran langsung perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2024 boleh diikuti melalui TV1 serta platform dalam talian. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan momen-momen bersejarah ini di rumah atau di mana sahaja anda berada.

Cadangan Persediaan Pakaian dan Peralatan Lain

Memandangkan cuaca yang tidak menentu sekarang ini, anda digalakkan memilih pakaian yang selesa dan sesuai dengan tema Hari Kebangsaan. Berikut adalah beberapa cadangan:

  • Pilih Pakaian Dengan Warna-Warna Jalur Gemilang seperti merah, putih, biru, dan kuning untuk menunjukkan semangat patriotik.
  • Bawa payung sekiranya cuaca terlalu panas atau hujan.
  • Kipas portable juga boleh dibawa untuk mengekalkan keselesaan sepanjang acara.
  • Bawa Bekalan Air Minuman: Kekal hidrat sepanjang acara dengan membawa air minuman sendiri. Ini amat penting untuk mengelakkan dehidrasi, terutama jika cuaca panas.
  • Sediakan Snek Ringan: Memandangkan acara ini mungkin berlangsung selama beberapa jam, membawa snek ringan seperti buah-buahan, biskut, atau makanan yang dapat membantu mengekalkan tenaga anda.
  • Kenakan Pelindung Matahari: Sapukan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV, terutama jika anda merancang untuk berada di bawah matahari untuk tempoh yang lama.
  • Bawa Tikar atau Alas Duduk: Untuk keselesaan tambahan, bawa tikar atau alas duduk yang boleh digunakan semasa menunggu perarakan bermula.
  • Gunakan Beg yang Mudah Dibawa: Pilih beg yang ringan dan mudah dibawa seperti backpack atau sling bag yang boleh memuatkan semua keperluan anda dengan selesa.
  • Kenalpasti Tempat Penting: Sebelum acara, ketahui lokasi penting seperti tandas awam, tempat makan, dan stesen pertolongan cemas yang mungkin anda perlukan.

Info Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2024, anda boleh merujuk maklumat-maklumat berikut yang menyediakan informasi dan update terkini;


Lihat Juga:
Lagu Tema Hari Kebangsaan 2024 | MADANI Jiwa Merdeka
Tanggal 31 (Lirik dan Lagu Merdeka Sudirman Arshad “31 Ogos”)
Bendera Kita Jalur Gemilang: Panduan Pasang Bendera Malaysia

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments