HomeInfoPermohonan Kemasukan Inapan Kasih Sayang Bagi Sesi 2025

Permohonan Kemasukan Inapan Kasih Sayang Bagi Sesi 2025

Pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP) kini membuka permohonan kemasukan baharu untuk Inapan Kasih Sayang bagi sesi persekolahan 2025.

Inapan Kasih Sayang menyediakan kemudahan asrama kepada anak-anak asnaf fakir/miskin seluruh Pulau Pinang untuk pelajar-pelajar Tahun 3 dan 4 di Sekolah Kebangsaan. Program ini bertujuan untuk membantu anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang lebih sempurna dengan pembiayaan penuh Zakat Pulau Pinang.

Asrama ini juga menyediakan kemudahan tambahan seperti kelas tuisyen, kelas agama, perpustakaan mini, dan bilik komputer untuk menyokong pembelajaran pelajar.

Info Ringkas Inapan Kasih Sayang

Inapan Kasih Sayang ditubuhkan bagi membantu anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang lengkap dan sempurna dari sekolah sehingga ke asrama melalui pembiayaan yuran dan bantuan pakaian seragam sekolah, kemudahan kelas tuisyen, kelas agama, perpustakaan mini, bilik komputer dan sebagainya.

Bangunan ini merupakan sumbangan daripada Inai Kiara Sdn. Bhd. di atas sebahagian tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang beralamat di Lot 4188, Mukim 8, Pongsu Seribu, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang pada tahun 2008 dan diserahkan kepada Pusat Urus Zakat pada tahun 2011 bagi merealisasikan impian mewujudkan sebuah asrama untuk anak-anak fakir miskin. Asrama ini mempunyai tiga blok utama iaitu asrama lelaki, asrama perempuan dan bangunan pentadbiran termasuk pejabat, dewan utama, dewan makan dan surau. Asrama ini mempunyai 60 bilik dengan jumlah penghuni bagi setiap bilik seramai 3 orang.

Ia telah mula dibuka secara rasminya pada sesi persekolahan 2012 kepada pelajar-pelajar darjah empat, lima dan enam dengan pengambilan pertama (first batch) seramai 86 orang dengan 52 orang pelajar perempuan dan 34 orang pelajar lelaki. Semua penghuni asrama ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Kepala Batas.

Lokasi

Pusat Jagaan Inapan Kasih Sayang terletak di lokasi dan alamat berikut;

  • Lot 4188, Mukim, 8, Jln Pongsu Seribu, 13200 Kepala Batas, Penang

Peta: https://maps.app.goo.gl/3WK1au8QRR4r62Wq6 

Syarat dan Kelayakan

  1. Anak-anak asnaf fakir/miskin seluruh Pulau Pinang.
  2. Pelajar Tahun 3 dan 4 bagi Sesi 2024 di Sekolah Kebangsaan.
  3. Pendapatan waris RM1,800.00 ke bawah sebulan dengan dua orang tanggungan bersekolah.
  4. Menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira (3M) dengan baik.
  5. Memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk semua mata pelajaran.
  6. Sihat tubuh badan dan mental.
  7. Berkemampuan untuk mengurus diri sendiri dengan baik.
Permohonan Kemasukan Inapan Kasih Sayang Bagi Sesi 2025 kini di buka

Cara Memohon

  1. Dapatkan borang permohonan di Inapan Kasih Sayang, di kaunter Zakat terdekat, atau muat turun melalui laman web rasmi Zakat Pulau Pinang di zakatpenang.com.
  2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:
    Inapan Kasih Sayang
    Lot 4188, Mukim 8,
    Pongsu Seribu,
    13200 Kepala Batas,
    S.P.U., Pulau Pinang.

Tarikh Tutup Permohonan

06 November 2024 (Rabu)

Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Info Lanjut

Maklumat lanjut dan terkini juga boleh di dapati di 

Sumber: Zakat Pulau Pinang


Lihat Juga:
Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP Sesi 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments