HomeKewanganDiesel Bersubsidi (Sistem Kawalan Subsidi Diesel SKDS 2.0)

Diesel Bersubsidi (Sistem Kawalan Subsidi Diesel SKDS 2.0)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memperluaskan pelaksanaan 2.0 Fasa II Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melibatkan 14 jenis kenderaan barangan.

Kenderaan barangan yang disenaraikan adalah lori rigid-curtainsider, lori rigid-hasil pertanian, lori rigid-kandang haiwan, lori rigid-kombinasi, lori rigid-open platform, bas katering makanan dan van katering makanan.

Turut tersenarai adalah lori katering makanan, lori tangki rigid-minuman, semi-panel van, bas perkhidmatan bergerak, van perkhidmatan bergerak, lori rigid-perkhidmatan bergerak dan lori rigid-sampah.

Sebelum ini Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) telah dilaksanakan secara Projek Rintis pada 1 Februari 2024 dan perluasan Fasa II SKDS 2.0 telah dilaksanakan bermula 7 Mac 2024.

Tarikh Permohonan

Syarikat pengangkutan yang terlibat bagi kesemua 14 jenis kenderaan barangan tambahan ini boleh membuat permohonan melalui Sistem MySubsidi Diesel bermula pada hari Isnin, 13 Mei 2024, jam 10.00 pagi. 

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan memohon diesel bersubsidi SKDS 2.0 adalah seperti berikut: 

  1. Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN.
  2. Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
  3. ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN
  4. Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    • Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
    • Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
    • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
    • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
    • Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
    • KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.

Jenis Kenderaan Yang Layak

SKDS 1.0

[SKDS 1.0] 10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Awam layak mendapat subsidi:-

  1. Bas Sekolah
  2. Bas Ekspres
  3. Bas Berhenti-henti  
  4. Bas Mini     
  5. Bas Pengantara      
  6. Kereta Sewa
  7. Teksi
  8. Van Mayat / Lori Mayat
  9. Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
  10. Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)

SKDS 2.0

[SKDS 2.0 : Fasa I] 9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Barangan yang layak mendapat subsidi:-

  1. Lori Rigid – Kargo Am  
  2. Lori Rigid – Minuman Botol
  3. Lori Rigid – Refrigerated     
  4. Lori Rigid – Luton/Kotak     
  5. Penggerak Utama / Articulated Vehicle  
  6. Lori Tangki Rigid – Air   
  7. Lori Tangki Rigid – Tepung   
  8. Window Van     
  9. Panel Van 

SKDS 2.0 FASA II

[SKDS 2.0 : Fasa II] 14 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Barangan yang layak mendapat subsidi:-

  1. Lori Rigid – Curtainsider     
  2. Lori Rigid – Hasil Pertanian 
  3. Lori Rigid – Kandang Haiwan  
  4. Lori Rigid – Kombinasi  
  5. Lori Rigid – Open Platform 
  6. Bas Food Catering  
  7. Van Food Catering
  8. Lori Food Catering
  9. Lori Tangki Rigid – Minuman
  10. Semi – Panel Van
  11. Bas Perkhidmatan Bergerak
  12. Van Perkhidmatan Bergerak
  13. Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
  14. Lori Rigid – Sampah
Jenis Kenderaan Yang Layak di bawah Diesel Bersubsidi

Cara Permohonan

LANGKAH 1: PERMOHONAN DIESEL BERSUBSIDI

  1. Mohon menerusi Sistem MySubsidi Diesel secara atas talian di pautan
    https://mysubsidi.kpdn.gov.my 
  2. Maklumat diperlukan:
    • butiran maklumat syarikat.
    • nombor pendaftaran kenderaan.
    • pilihan syarikat minyak (maksimum 3 jenama) antara jenama PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP
  3. Kelulusan adalah serta merta dengan syarat sema maklumat adalah lengkap dan tepat.
  4. Syarikat akan menerima 2 dokumen:
    • Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi. 
    • Senarai Kenderaan yang diluluskan

LANGKAH 2. PERMOHONAN FLEET CARD DARIPADA SYARIKAT MINYAK

  1. Mengemukakan 2 dokumen :
    1. Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi.
    2. Senarai Kenderaan yang diluluskan kepada syarikat minyak yang telah dipilih di
      Sistem MySubsidi Diesel.
  2. Proses permohonan fleet card adalah dalam tempoh 2 hingga 4 minggu selepas permohonan lengkap dikemukakan.
Cara Permohonan Diesel Bersubsidi

Syarikat Minyak

Petronas     

Shell

Petron 

Caltex  

BHP

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Pusat Panggilan Sistem MySubsidi Diesel di talian 03-8882 6769 bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari bekerja.

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan lazim mengenai Subsidi Diesel Melalui Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKDS 2.0) sila rujuk;

https://mysubsidi.kpdn.gov.my/pdf/FAQ.pdf

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Kenyataan Media

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments