HomePanduanContoh Aktiviti Maulidur Rasul Prasekolah Untuk Tadika & Pasti

Contoh Aktiviti Maulidur Rasul Prasekolah Untuk Tadika & Pasti

Sambutan Maulidur Rasul di prasekolah dengan pelbagai aktiviti adalah satu cara yang menyeronokkan dan mendidik untuk memperkenalkan nilai-nilai Islam kepada kanak-kanak. 

Memperkenalkan konsep Maulidur Rasul kepada kanak-kanak prasekolah adalah penting untuk membina asas yang kukuh tentang sejarah dan peranan Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan umat Islam. 

Melalui aktiviti Maulidur Rasul, kanak-kanak dapat mempelajari nilai-nilai penting seperti kecintaan kepada Nabi, semangat persaudaraan, dan penghargaan terhadap ajaran dan perjuangan Baginda.

Walaupun pada tahun ini, Maulidur Rasul di sambut pada cuti sekolah (16 September), aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan sepanjang bulan Rabiul Awal 1446 Hijrah iaitu antara (5 September 2024 – 3 Oktober 2024).

Kepentingan Aktiviti Maulidur Rasul Di Prasekolah

  • Pembelajaran Sejarah dan Agama: Membantu kanak-kanak memahami sejarah kelahiran dan kehidupan Nabi Muhammad SAW serta menghargai peranan Baginda dalam penyebaran Islam.
  • Pengembangan Kemahiran Sosial: Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama melalui aktiviti berkumpulan seperti selawat dan bercerita kisah Nabi.
  • Peningkatan Kreativiti: Menggalakkan penggunaan imaginasi dan kreativiti dalam menghasilkan kraf dan seni bertemakan Maulidur Rasul.
  • Kesihatan Fizikal: Aktiviti seperti perarakan mini dan tarian selawat menggalakkan kanak-kanak bergerak aktif dan sihat.
  • Kesedaran Agama: Mengenalkan kanak-kanak kepada nilai-nilai Islam dan akhlak mulia melalui cerita dan aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan Nabi.
  • Rasa Cinta dan Hormat: Membina rasa cinta dan hormat terhadap Nabi Muhammad SAW dan mengukuhkan hubungan kerohanian kanak-kanak dengan Islam.

Contoh Aktiviti Maulidur Rasul Pra Sekolah Yang Sesuai

Untuk memudahkan gambaran dan perancangan, aktiviti ini boleh dirancang berdasarkan tema seperti berikut;

  1. Aktiviti Seni dan Kraf
  2. Aktiviti Nasyid dan Seni Suara
  3. Permainan Kreatif dan Pembelajaran
  4. Aktiviti Penggalak Kreativiti dan Imaginasi
  5. Aktiviti Uutdoor

Penjelasan aktiviti lengkap dijelaskan di bawah tentang bagaimana tema ini boleh dikembangkan.

1. Aktiviti Mewarna

Mewarna Maulidur rasul
Kredit: SK Cheneh Baru 2

Untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di prasekolah, aktiviti mewarna simbol-simbol Islam boleh dilakukan.

Objektif Aktiviti Mewarna:

  • Kanak-kanak dapat mengenali simbol-simbol Islam seperti Kaabah, Masjid, dan kaligrafi nama Nabi Muhammad SAW.
  • Kanak-kanak boleh mengenalpasti warna-warna yang berkaitan dengan simbol-simbol Islam.
  • Kanak-kanak boleh meningkatkan kreativiti dengan mewarna dan menghias simbol-simbol tersebut.

Untuk aktiviti ini, anak-kanak akan diberikan lembaran gambar-gambar seperti Kaabah, Masjid Nabawi, kaligrafi selawat atau lain-lain yang bersesuaian.

Mereka akan diberikan pensel warna, krayon, dan pelekat berwarna. Guru akan membimbing kanak-kanak untuk mewarna dan menghias gambar-gambar ini mengikut kreativiti masing-masing.

Setelah siap, hasil karya mereka boleh dipamerkan di dinding kelas sebagai sebahagian daripada hiasan sempena Maulidur Rasul.

2. Perarakan Mini Maulidur Rasul

Perarakan Mini Maulidur Rasul adalah aktiviti yang menarik dan mendidik untuk prasekolah. Dalam perarakan ini, kanak-kanak berpakaian tradisional, berjalan di sekitar kawasan tadika sambil mengalunkan selawat Nabi. Guru-guru akan mengiringi mereka sepanjang perarakan.

Kanak-kanak boleh menghasilkan sepanduk kecil dengan gambar masjid, simbol Islam, atau ayat-ayat selawat sebagai sebahagian daripada aktiviti kraf. Ini mengembangkan kreativiti mereka dan memberikan rasa bangga kerana terlibat dalam sambutan.

Aktiviti ini membantu kanak-kanak memahami dan menghargai nilai-nilai Islam, seperti kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dan semangat persaudaraan. Perarakan ini juga memperkukuhkan hubungan sosial antara kanak-kanak dan guru, serta memberikan mereka pengalaman yang bermakna dalam menyambut Maulidur Rasul dengan penuh hormat dan kemeriahan.

3. Projek Kreatif: Kad Ucapan Maulidur Rasul

Projek Kreatif- Kad Ucapan Maulidur Rasul
Kredit: Ainul Nazrin

Dalam projek ini, kanak-kanak menggunakan pelbagai bahan seperti kertas warna, kadbod, dan pensel warna untuk menghasilkan model Masjid yang dikelilingi dengan bangunan-bangunan lain. 

Latar belakang padang pasir dengan matahari terbenam dan unta menambah elemen visual yang menarik. Mereka juga menulis doa atau ucapan yang ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW di bahagian hadapan projek ini, menjadikannya lebih bermakna.

Langkah Pelaksanaan

  1. Penyediaan Bahan: Kanak-kanak disediakan dengan kertas warna, kadbod, pensel warna, dan alat pemotong untuk membuat struktur 3D.
  2. Mewarna dan Memotong: Kanak-kanak mewarna dan memotong elemen-elemen seperti bangunan masjid, kubah, dan latar belakang padang pasir.
  3. Menyusun dan Melekatkan: Setiap elemen dipotong dan disusun dalam bentuk 3D dengan menggunakan gam untuk memastikan semuanya kukuh.
  4. Penulisan Ucapan: Di bahagian hadapan, kanak-kanak menulis ucapan atau doa yang berkaitan dengan Maulidur Rasul, melengkapkan projek ini dengan elemen spiritual.

Kelebihan Aktiviti

Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kreativiti dan kemahiran motor halus kanak-kanak, tetapi juga memperkenalkan mereka kepada nilai-nilai Islam dan semangat Maulidur Rasul. 

Melalui pembuatan model ini, mereka dapat memahami dan menghargai keindahan seni Islam serta mendalami rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

4. Kolaj Maulidur Rasul

Kolaj Maulidur Rasul
Kredit kepada TASKA Aspirasi Impian JDT
Kolaj Maulidur Rasul 2
Kredit: Nabila Wanie

Kolaj Maulidur Rasul juga adalah aktiviti menarik untuk sambutan Maulidur Rasul di prasekolah. Aktiviti ini membantu kanak-kanak mengenal simbol-simbol Islam dan mengembangkan kreativiti mereka. 

Mereka diberikan kertas warna berdasarkan simbol-simbol Islam seperti:

  • Kaabah
  • Masjid Nabawi
  • Bulan dan Bintang
  • Unta (merujuk kepada Hijrah)
  • Kaligrafi nama Nabi Muhammad SAW
  • Lain-lain yang bersesuaian

Kemudian, bimbing mereka untuk memotong gambar-gambar simbol ini dari kertas warna. 

Kanak-kanak boleh menghiasi kertas besar dengan gambar-gambar simbol Islam yang telah dipotong, menyusunnya mengikut kreativiti masing-masing. 

Setelah kolaj siap dihias, bantu kanak-kanak memasang kolaj tersebut di dinding kelas untuk dipamerkan. 

Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan mereka tentang Maulidur Rasul tetapi juga memperkukuhkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

5. Aktiviti Azan

Aktiviti Azan Maulidur Rasul
Kredit: Mohd Yahya Said

Aktiviti azan di prasekolah sempena Maulidur Rasul adalah cara yang efektif untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada salah satu elemen penting dalam Islam. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat mempelajari azan dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.

Pertama, guru boleh memulakan dengan memperkenalkan azan kepada kanak-kanak, memainkan rakaman azan sambil menerangkan makna setiap lafaz. Ini membantu kanak-kanak memahami makna di sebalik lafaz-lafaz yang mereka dengar setiap hari.

Seterusnya, kanak-kanak diberi peluang untuk mempraktikkan azan secara individu atau berkumpulan. Bimbingan guru dalam aktiviti ini membantu mereka mengucapkan lafaz dengan betul dan meningkatkan keyakinan mereka.

Untuk menambah keseronokan, pertandingan azan boleh diadakan. Ini bukan sahaja menggalakkan semangat belajar, tetapi juga membina keyakinan diri kanak-kanak. Guru boleh memberikan pujian atau hadiah kecil sebagai galakan.

Akhir sekali, guru boleh menayangkan video azan dari pelbagai masjid di seluruh dunia seperti dari Masjidil Haram, Masjid Nabawi, dan masjid-masjid lain. Ini bukan sahaja memperkenalkan kepelbagaian budaya dalam Islam, tetapi juga menanam rasa kagum terhadap keindahan azan.

5. Nasyid dan Selawat

Nasyid dan Selawat
Kredit: Tadika Hikmah Sri Perkasa

Nasyid dan selawat juga boleh dijadikan sebagai medium untuk menyemarakkan semangat Maulidur Rasul di kalangan kanak-kanak. 

Aktiviti ini bukan sahaja memperkenalkan mereka kepada puji-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW, tetapi juga membantu mengukuhkan rasa cinta dan hormat terhadap Baginda. 

Melalui nasyid dan selawat, kanak-kanak dapat mempelajari dan menghayati keindahan syair-syair Islam, di samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, dan membina keyakinan diri. 

Berikut adalah cadangan yang boleh dilakukan;

  1. Secara Individu atau Kumpulan:
  • Kanak-kanak boleh menyampaikan nasyid atau selawat secara individu atau dalam kumpulan kecil. Ini membolehkan mereka menunjukkan bakat masing-masing sambil belajar bekerja dalam kumpulan.
  1. Secara Persembahan atau Pertandingan:
  • Aktiviti ini boleh dijalankan sebagai persembahan di hadapan rakan-rakan dan guru, atau diadakan dalam bentuk pertandingan di mana setiap kumpulan atau individu dinilai berdasarkan keserasian suara, keyakinan, dan keindahan alunan selawat.
  1. Menggunakan Alat Muzik Ringan:
  • Alat muzik ringan seperti kompang, maracas, atau tamborin boleh digunakan untuk mengiringi nasyid dan selawat. Ini menambahkan elemen muzik yang menyeronokkan dan menggalakkan anak-anak untuk lebih bersemangat.

4. Pembelajaran Gerak dan Irama:

  • Aktiviti nasyid dan selawat boleh digabungkan dengan gerakan tangan atau pergerakan badan yang selari dengan irama. Ini membantu dalam mengembangkan koordinasi motor kanak-kanak dan menjadikan aktiviti lebih interaktif.

5. Sesi Latihan Berkala:

  • Sebelum persembahan atau pertandingan, sesi latihan berkala boleh diadakan. Ini bukan sahaja mempersiapkan kanak-kanak dengan lebih baik, tetapi juga membina disiplin dan komitmen mereka dalam menguasai nasyid atau selawat yang dipilih.

6. Bercerita Tentang Sirah Nabi Muhammad SAW

Bercerita Tentang Sirah Nabi Muhammad SAW
Kredit: Taska Cahaya Sofia

Guru boleh bercerita kepada anak-anak tentang kelahiran, kehidupan, dan akhlak mulia Nabi Muhammad SAW. 

Cerita ini boleh disampaikan secara interaktif, di mana guru menggunakan gambar, buku bergambar, atau alat bantu visual lain untuk menarik minat kanak-kanak dan memudahkan pemahaman mereka. 

Penggunaan cerita yang berulang-ulang juga membantu anak-anak mengingati kisah-kisah ini dengan lebih baik dan memupuk rasa cinta kepada Nabi sejak usia muda.

Sebagai contoh, guru boleh menyediakan buku bergambar yang menggambarkan peristiwa penting dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, seperti kisah kelahiran Baginda, turunnya wahyu pertama, atau peristiwa Hijrah. 

Selain itu, video pendek atau animasi yang menceritakan kisah-kisah ini juga boleh digunakan untuk memberikan pengalaman visual yang lebih menarik dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik, membantu anak-anak untuk mengenali dan menghayati keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam suasana yang positif dan menyeronokkan.

7. Makanan Sunnah

Aktiviti memperkenalkan makanan sunnah kepada kanak-kanak sempena sambutan Maulidur Rasul di prasekolah adalah cara yang berkesan untuk mengenalkan mereka kepada amalan pemakanan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. 

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengenali jenis-jenis makanan sunnah serta memahami kebaikan memakan makanan tersebut.

Objektif Aktiviti:

  1. Menyatakan jenis makanan sunnah.
  2. Membincangkan kebaikan dan sunnah makan makanan tersebut.

Jenis-jenis Makanan Sunnah

Antara jenis-jenis makanan sunnah adalah;

  • Susu kambing
  • Buah kurma
  • Madu
  • Buah tin
  • Buah zaitun
  • Habbatus sauda
  • Kismis

Aktiviti yang Dicadangkan

  1. Pengenalan Melalui Poster atau Playcard:
    • Guru memperkenalkan jenis-jenis makanan sunnah seperti yang terdapat dalam gambar menggunakan playcard atau poster besar yang menggambarkan makanan-makanan sunnah seperti susu kambing, kurma, madu, dan lain-lain. Guru akan menerangkan satu per satu jenis makanan sunnah serta kebaikan kesihatan yang datang daripada setiap makanan tersebut.
    • Contohnya cikgu menunjukkan gambar buah kurma sambil menerangkan bahawa Nabi Muhammad SAW sering berbuka puasa dengan kurma, dan buah ini mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti memberikan tenaga segera.
  2. Jamuan Makanan Sunnah:
    • Aktiviti jamuan makan kecil boleh diadakan di mana setiap kanak-kanak membawa satu jenis makanan sunnah seperti yang dinyatakan. Anak-anak diperkenalkan kepada makanan sunnah ini melalui pengalaman rasa secara langsung. Guru akan memimpin perbincangan tentang kebaikan makanan-makanan ini, seperti khasiat madu yang membantu meningkatkan imuniti, dan habbatus sauda yang dikenali sebagai penyembuh pelbagai penyakit.
    • Untuk lebih menarik, setiap kanak-kanak membawa makanan sunnah seperti susu kambing, kismis, atau buah tin, dan mereka akan berkongsi dengan rakan-rakan sambil guru menerangkan kebaikan makanan tersebut.

Manfaat Aktiviti

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik kanak-kanak tentang amalan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam menjaga kesihatan melalui pemakanan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat mengenali dan menghayati kepentingan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, selain belajar untuk berkongsi makanan dengan rakan-rakan.

8. Pertandingan Busana Muslim 

Pertandingan Busana Muslim adalah salah satu cara untuk memperkenalkan dan menghayati sunnah berpakaian yang sesuai dengan ajaran Islam kepada kanak-kanak. 

Melalui pertandingan ini,  kanak-kanak lelaki dan perempuan memakai busana Muslim yang menepati ciri-ciri pakaian sunnah. 

Aktiviti ini memberi peluang kepada mereka untuk belajar tentang kepentingan berpakaian sopan dan menutup aurat sesuai dengan ajaran Islam.

Pertandingan Busana Muslim sempena Maulidur Rasul ini adalah cara yang efektif dan menyeronokkan untuk mengajar kanak-kanak tentang nilai-nilai Islam dalam berpakaian. Ia bukan sahaja mendidik tetapi juga menggalakkan mereka untuk merasa bangga dengan identiti Muslim mereka.

Contoh Pelaksanaan

  1. Kanak-kanak Lelaki: Kanak-kanak lelaki memakain pakaian yang menggambarkan  kesederhanaan dan kesopanan yang menjadi asas dalam ajaran Islam.
  2. Kanak-kanak Perempuan: Kanak-kanak perempuan pula memakai baju yang sopan dengan tudung yang menutup aura.  Pakaian ini menunjukkan keindahan busana Muslimah yang mematuhi syariat Islam.

Lihat Juga:
Contoh Aktiviti Kemerdekaan Prasekolah Untuk Tadika dan Pasti

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments