HomeUcapanKoleksi Pantun & Ucapan Hari Merdeka Malaysia Ke-67 (2024)

Koleksi Pantun & Ucapan Hari Merdeka Malaysia Ke-67 (2024)

Tidak lengkap sambutan Hari Kebangsaan tanpa mengucapkan pantun dan ucapan Hari Merdeka bagi meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-67 pada tahun ini. 

Tarikh keramat 31 Ogos pasti diraikan di seluruh negara sebagai sambutan ulang tahun negara yang bebas daripada cengkaman penjajah. 

Bagi meraikan sambutan ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke-67 dengan tema “Malaysia Madani Jiwa Merdeka”, marilah sama-sama kita ucapkan pantun dan ucapan hari merdeka yang kami catatkan ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tradisi Pantun dan Ucapan dalam Sambutan Hari Merdeka

Pantun adalah satu bentuk puisi tradisional Melayu yang sering digunakan untuk menyampaikan mesej dengan cara yang kreatif dan berkesan. 

Dalam konteks sambutan Hari Merdeka, pantun menjadi medium untuk menyampaikan semangat patriotisme, perpaduan, dan cintakan negara. 

Selain itu, ucapan Merdeka juga penting dalam menyebarkan mesej kebanggaan dan kesyukuran atas kemerdekaan yang telah dikecapi. 

Melalui ucapan, kita dapat menyampaikan harapan dan inspirasi kepada generasi muda untuk terus menghargai kemerdekaan yang ada.

Ucapan Hari Merdeka Yang ke-67

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-67 buat negaraku Malaysia tercinta.

Kemerdekaan ini besar harganya buat kita semua. Ayuh kita kobarkan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang.  

31 Ogos 2024 | Malaysia Madani Jiwa Merdeka
Hayatilah erti kemerdekaan. Eratkan perpaduan di antara kita sesama. Watan ini milik kita semua! 

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 | Malaysia Madani Jiwa Merdeka
ucapan-Hari-kemerdekaan-Tunku-Abdul-Rahman-1957
Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – Perdana Menteri Malaysia Pertama

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-67.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kecapi selama ini. 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67.
Kemerdekaan Buat Seluruh Rakyat Malaysia. 

Marilah sama-sama kita berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Kita merdeka daripada penjajah, kita juga hendaklah merdeka daripada perkara yang sia-sia.

Lain-lain Ucapan Ringkas Penuh Makna

  • Selamat Hari Merdeka yang ke-67! Semoga kita semua terus bersatu hati, berpegang teguh pada prinsip kemerdekaan, dan mencintai tanah air kita, Malaysia.
  • Hari ini kita sambut Hari Merdeka dengan penuh bangga dan syukur. Mari kita teruskan perjuangan untuk membina negara yang lebih baik untuk generasi akan datang.
  • Salam Merdeka ke-67! Marilah kita bersama-sama memperingati jasa-jasa para pahlawan yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara. Semoga Malaysia terus maju dan makmur.”
  • Hari ini, kita merayakan 67 tahun kemerdekaan negara kita. Semoga semangat Merdeka sentiasa menjadi inspirasi untuk kita bekerja keras demi masa depan yang lebih gemilang.”
  • Selamat Hari Merdeka ke-67, Malaysia! Mari kita terus bersatu padu dan menjaga keamanan negara kita. #Merdeka2024 #MalaysiaMadani
  • Merdeka! Merdeka! Merdeka! 67 tahun kita merdeka, semoga Malaysia terus cemerlang. #HariMerdeka2024 #KitaAnakMalaysia

Pantun Merdeka dan Hari Kebangsaan 2024

Berikut adalah 10 pantun yang anda boleh gunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini meliputi tema Malaysia Madani Jiwa Merdeka, salam kemerdekaan, pantun perpaduan, Jalur Gemilang dan lain-lain.

Anak desa bermain bayu,
Negeri permai, indah berseri;
Malaysia Merdeka kita bersatu,
Negara tercinta tersemat di hati.

Pantun Merdeka Bunga Raya

Bunga Raya bunga kebangsaan,
Warna merah indah menawan;
31 Ogos  Hari kemerdekaan,
Malaysia bebas dari penjajahan.

Bersatu padulah rakyat Malaysia,
Elakkan diri dari pergaduhan;
67 tahun negara merdeka,
Negara makmur terus berwawasan.

Pantun perpaduan rakyat Malaysia

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama;
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia Madani aman sejahtera. 

Malaysia Madani Jiwa Merdeka,
Tema sambutan Hari Kemerdekaan;
Ayuh semua rakyat jelata,
Meriahkan suasana bulan kebangsaan.

Pantun Malaysia Madani Jiwa Merdeka

Pohon kelapa di pinggir desa,
Daunnya melambai, indah suasana;
Malaysia Madani Jiwa Merdeka,
Ayuh kita hayati bersama.

Perahu meluncur di sungai tenang,
Mendayung ke hulu di pagi hari;
Bersama kita teguh berjuang,
Demi Malaysia ibu pertiwi.

Kampung nelayan di tepi pantai,
Lautan biru luas terbentang;
Bersatu padu, hidup berdamai,
Negara teguh Malaysia gemilang.

Sungai mengalir tenang berliku,
Pepohon rimbun menghijau permai;
Pelbagai bangsa hidup bersatu,
Bersatu padu aman dan damai.

Setiap tahun menyambut merdeka,
Jalur Gemilang berkibar megah;
Sejarah negara jangan di lupa,
Beratus tahun kita di jajah.

Poster Ucapan Hari Merdeka 2024

Beberapa contoh poster Hari Kemerdekaan ke-67 yang anda boleh gunakan sama ada di Facebook, Instagram, TikTok, Whatsapps atau media sosial yang lain.

Kredit pantun:theinspirasi.my


Lihat Juga:
Koleksi Pantun Merdeka & Hari Kebangsaan Malaysia Madani
Sambutan Hari Kemerdekaan 2024: Perarakan Hari Kebangsaan
Bahtera Merdeka (Lirik dan Lagu Patriotik Oleh Aishah)
Lagu Tema Hari Kebangsaan 2024 | MADANI Jiwa Merdeka

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments