HomeBiasiswaPermohonan Program MyBrain 2.0 KPT Sesi Akademik 2025/2026

Permohonan Program MyBrain 2.0 KPT Sesi Akademik 2025/2026

[PEMAKLUMAN] TAWARAN PENAJAAN PROGRAM MYBRAIN 2.0, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026

Tawaran penajaan Program MyBrain 2.0 kini dibuka mulai 9 April 2025 sehingga 8 Mei 2025.

Program ini dibuka kepada orang awam tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah-pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di Universiti Awam (UA) dalam negara bagi sesi akademik 2025/2026.

Bidang pengajian  yang di tawarkan adalah keutamaan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); dan Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas terpilih.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang Program MyBrain 2.0 Kementerian Pendidikan Tinggi bagi sesi 2025/2026.

[PEMAKLUMAN] TAWARAN PENAJAAN PROGRAM MYBRAIN 2.0, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BAGI SESI AKADEMIK 2025:2026

Lihat Juga: Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2024 – Ranking Terkini QS 2025

Pengenalan PROGRAM MYBRAIN 2.0

Program MyBrain 2.0 ditawarkan kepada orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah-pensyarah di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.

Pemilihan bidang adalah terdiri daripada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) serta bidang Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas.

Program ini merupakan salah satu inisiatif KPT untuk membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat yang berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan sekali gus meningkatkan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi bagi memenuhi kehendak masyarakat, komuniti dan negara. 

Penajaan ini juga bertujuan menyumbang kepada kesediaan kemajuan kerjaya dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan serta taraf hidup graduan. 

Selain itu, program MyBrain 2.0 merupakan satu cabang motivasi kepada IPTS dalam usaha menyediakan pensyarah-pensyarah berkompetensi dengan matlamat meningkatkan keupayaan IPTS secara keseluruhan.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 9 April 2025 (Rabu), jam 3:00 petang sehingga 8 Mei 2025 (Khamis), jam 11:59 malam.

Syarat Kelayakan Program MyBrain 2.0 (2025)

Calon-calon yang ingin memohon program ini hendaklah memenuhi syarat dan kriteria kelayakan berikut;

a) Syarat Umum

  1. Pemohon mestilah:
    • Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; atau
    • Pensyarah IPTS terpilih seperti di Lampiran A.
  2. Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 35 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran pada tahun permohonan;
  3. Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan / biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman pelajaran / elaun pembantu penyelidik siswazah / pembiayaan tambahan lain dengan syarat ia bukanlah BIASISWA;
  4. Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini;
  5. Telah menerima surat tawaran penuh / tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih seperti di Lampiran B bermula Semester 1, Sesi 2024/2025;
  6. Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2025/2026;
  7. Bidang pengajian di bawah penajaan Program MyBrain 2.0 adalah seperti di Lampiran C;
  8. Pemohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran perlu memastikan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia;
  9. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik seperti di Lampiran D; dan
  10. Pemohon dan ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak Kerajaan.

b) Syarat Khusus

Ijazah Sarjana

  1. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon;
  2. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan minimum akademik seperti berikut:
    • Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 / Kelas Dua Atas / setaraf pada pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda;
    • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK minimum 3.30 bagi keputusan semester terkini sekiranya pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana mod Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) dengan minimum baki tempoh pengajian yang ditetapkan;
  3. Kategori penajaan dibuka bagi mod pengajian secara Penyelidikan dan Campuran (Kerja Kursus dan Tesis).

Ijazah Kedoktoran (PhD)

  1. Pemohon tidak memiliki Ijazah Kedoktoran atau setaraf semasa memohon;
  2. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan minimum akademik seperti berikut:
    • Memperoleh PNGK minimum 3.30 / setaraf bagi mod pengajian kerja kursus atau Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) pada pengajian Ijazah Sarjana; atau
    • Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana; atau
    • Telah menerima surat tawaran penuh / memulakan pengajian di IPT bagi laluan Fast Track PhD.
  3. Kategori penajaan hanya dibuka bagi mod pengajian secara Penyelidikan sahaja.

Elemen Tajaan dan Pembiayaan

1. Yuran Pengajian:

  • Pemohon yang berjaya akan menerima pembiayaan yuran pengajian seperti berikut:
Peringkat PengajianKadar Maksimum
Ijazah SarjanaRM2,300/semester atau RM9,200 sepanjang pengajian
Ijazah Kedoktoran (PhD)RM3,750/semester atau RM22,500 sepanjang pengajian
  • Pembayaran dibuat terus kepada IPT. Jika yuran melebihi kadar maksimum, pelajar perlu bayar sendiri baki tersebut.
  • Tuntutan balik tidak dibenarkan bagi yuran yang telah dibayar sebelum tarikh tajaan bermula.
  • Bayaran yang tidak ditanggung disenaraikan dalam Lampiran E.

2. Elaun Sara Hidup (ESH):

  • Diberikan secara bulanan sepanjang tempoh penajaan.
  • Pembayaran untuk semester berikutnya tertakluk kepada laporan kemajuan/keputusan peperiksaan.

Ikatan Perjanjian

Pelajar tajaan mestilah memenuhi terma dan syarat Program MyBrain 2.0 seperti berikut:

  1. Mematuhi semua peruntukan di dalam Perjanjian dan syarat-syarat tawaran Program MyBrain 2.0;
  2. Pelajar tajaan adalah terikat dengan peraturan-peraturan pengajian yang sedang berkuat kuasa sepanjang tempoh pengajian di IPT;
  3. Pembayaran akan dilaksanakan setelah pelajar mengemukakan semua dokumen sokongan dan dokumen asal perjanjian yang telah lengkap ditandatangani oleh pelajar dan saksi;
  4. KPT berhak menamatkan penajaan sekiranya pelajar gagal mendapat keputusan minimum memuaskan setiap semester atau gagal mengemukakan Laporan Kemajuan Pengajian kepada KPT; dan
  5. Sekiranya pelajar menerima elaun-elaun atau bayaran yang melebihi daripada jumlah sepatutnya, Kerajaan berhak pada bila-bila masa menuntut kembali elaun-elaun terlebih bayar tersebut.

Cara Permohonan Program MyBrain 2.0 (2025)

  1. Permohonan hanya secara dalam talian melalui laman rasmi:
    👉 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/
  2. Tempoh Permohonan:
    – Dibuka pada 9 April 2025 (Rabu), jam 3:00 petang
    – Ditutup pada 8 Mei 2025 (Khamis), jam 11:59 malam

Maklumat & Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi;

Lihat Juga

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments