HomePendidikanPermohonan SMKA 2025: Kemasukan Tingkatan 1 & 4 (2025/2026)

Permohonan SMKA 2025: Kemasukan Tingkatan 1 & 4 (2025/2026)

PERMOHONAN & PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) AMBILAN SESI 2025/2026

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus (SMKA, SBP, SMV dan lain-lain) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Ogos 2024. 

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak masing-masing ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) aliran agama atau aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) bagi sesi 2025/2026 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4, bolehlah membuat permohonan sebelum tarikh tutup.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai permohonan SMKA bagi sesi 2025/2026.

Tempoh Permohonan

Permohonan ke SMKA dibuka mulai 1 Ogos 2024 (Khamis) sehingga 8 September 2024 (Ahad).

Syarat Umum Permohonan Sekolah Khusus Sesi 2025/2026

  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  • Murid Tahun Enam (6) Sesi 2024/2025
  • Berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013

Syarat Kemasukan SMKA 

1) SMKA Aliran Agama

Syarat Umum

  1. Pemohon warganegara Malaysia
  2. Mencapai aras toleransi PKSK
  3. Berpotensi cemerlang dalam bidang akademik
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum

Syarat Khusus

  • Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

2. SMKA Aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Syarat Umum

  1. Pemohon warganegara Malaysia
  2. Mencapai aras toleransi PKSK
  3. Berpotensi cemerlang dalam bidang akademik
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum

Syarat Khusus

  1. Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
  2. Menduduki Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) dan lulus dengan cemerlang

*Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT)

Cara Permohonan Online

Permohonan Kemasukan ke sekolah Khusus (SBP dan SMKA) 2025:2026

Permohonan kemasukan SMKA boleh dibuat melalui portal rasmi KPM sebagaimana berikut;

Panduan Permohonan

Panduan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

1) Kemaskini Maklumat di SPATKPM (Jika Perlu)

  • Kemas kini maklumat murid, ibu bapa & penjaga pada Modul Pengurusan Murid.

2) Mengisi Permohonan

  • Isi borang permohonan & pastikan medan wajib telah diisi.

3) Semak Permohonan

  • Semak semula permohonan yang telah diisi. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat.

4) Cetak Permohonan

  • Cetak borang permohonan yang telah lengkap sebagai rujukan.

Panduan Lengkap Permohonan

A. Panduan Am

  1. Bimbingan Pengisian: Borang permohonan perlu diisi dengan bimbingan ibu bapa, penjaga, atau guru. Pemohon tidak digalakkan mengisi borang secara bersendirian.
  2. Ketepatan Maklumat: Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat.
  3. Tanggungjawab Pemohon: Kesilapan mengisi borang adalah tanggungjawab pemohon dan boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.
  4. Pengemaskinian: Pengemaskinian boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan (8 September 2024). Semak maklumat dengan teliti sebelum mencetak borang permohonan.
  5. Pentaksiran PKSK: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah syarat utama kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA). PKSK Tingkatan 1 akan dilaksanakan dari 7 Oktober 2024 hingga 17 Oktober 2024.

B. Panduan Khusus

  1. Log Masuk: Masukkan No. MyKid/MyKad murid dan No. MyKad/No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/Kedua, kemudian tekan Log Masuk.
  2. Kemaskini Maklumat: Jika maklumat tidak tepat, kemaskini di portal SPATKPM dan hubungi guru kelas sekolah asal untuk pengesahan.
  3. Status Penyakit: Nyatakan status penyakit pemohon berdasarkan butiran yang dipaparkan seperti alahan, asma, darah tinggi, dan lain-lain.
  4. Status OKU: Nyatakan status OKU pemohon.
  5. E-mel: Masukkan alamat e-mel pemohon atau ibu bapa/penjaga yang aktif.
  6. Tahap Penguasaan PBD: Maklumat PBD akan dipadankan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu KPM (SPPB).
  7. Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum:
    • Maklumat Kepimpinan: Dipadankan dengan sistem PAJSK.
    • Kegiatan Kokurikulum: Dipadankan dengan sistem PAJSK.
  8. Pentaksiran Psikometrik (PPsi): Pelaporan dipadankan dengan sistem e-Profil Kerjaya Murid.
  9. Pilihan Sekolah Khusus 1:
    • Jenis Sekolah: Pilih jenis sekolah (SBP atau SMKA).
    • Dual Language Programme (DLP): Pilih YA/TIDAK.
    • Pakej Mata Pelajaran: Pilih pakej yang ditawarkan mengikut jenis sekolah.
    • Negeri dan Nama Sekolah: Pilih negeri dan nama sekolah pilihan pemohon.
    • Jarak dari Rumah ke Sekolah: Pilih anggaran jarak dari rumah ke sekolah.
    • Pilihan Asrama (untuk SMKA): Pilih YA/TIDAK untuk tinggal di asrama.
  10. Pilihan Sekolah Khusus 2: Rujuk langkah 9.1 hingga 9.6.
  11. Pilihan Sekolah Khusus 3: Rujuk langkah 9.1 hingga 9.6.
  12. Pilihan Pusat PKSK:
    • Negeri Pilihan: Pilih negeri pusat PKSK.
    • PPD Pilihan: Pilih daerah pentadbiran PPD pusat PKSK.
    • Nama Pusat PKSK: Pilih nama pusat PKSK pilihan.
  13. Perakuan Pemohon: Tanda pada pernyataan yang berkenaan.
  14. Cetak Permohonan: Cetak borang permohonan yang telah lengkap.

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Permohonan SMKA: 1 Ogos – 8 September 2024

Tarikh Semakan Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus:

  • Tingkatan 1 (PKSKT1): 13 September – 17 Oktober 2024
  • Tingkatan 4 (PKSKT4): 13 September – 3 Oktober 2024

Pengenalan SMKA – Aliran Agama

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) ditubuhkan pada tahun 1977 dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini, SMKA telah berkembang kepada 50 buah sekolah.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hasrat ini disokong oleh masyarakat Islam dan Kementerian Pelajaran untuk memodenkan sistem pendidikan agama.

Ilham penubuhan SMKA direalisasikan oleh Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Allahyarham Dato Haji Mohamed Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir. Pada tahun 1970-an, sekolah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana pentadbiran yang tidak teratur dan kurang prasarana. Kesedaran masyarakat terhadap pendidikan meningkat, menyebabkan kerajaan negeri dan Kementerian Pelajaran menyelaraskan sistem pentadbiran dan kurikulum sekolah agama dengan sekolah menengah harian.

Sebelum ini, sekolah agama hanya menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran lain seperti Sains, Matematik, dan Geografi. Kekurangan prasarana menyebabkan lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran kerja dan cabaran masyarakat semasa.

Matlamat SMKA

  1. Mendidik murid dengan keperibadian Islam.
  2. Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.
  3. Memperkembangkan potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan.
  4. Memberi peluang kepada murid untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negara.

Objektif SMKA

  1. Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  2. Melahirkan murid yang mengamalkan akhlak mulia.
  3. Membentuk generasi murid sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
  4. Melahirkan murid yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
  5. Menyediakan murid yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.

Penawaran Mata Pelajaran

Terdapat 3 kategori mata pelajaran yang ditawarkan di SMKA iaitu;

Mata Pelajaran Teras

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Pendidikan Islam
  5. Matematik
  6. Sains

Mata Pelajaran Wajib

  1. Geografi
  2. Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi
  3. Pendidikan Seni Visual
  4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Subjek Tambahan

  1. Bahasa Arab

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Berdasarkan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, Kementerian Pelajaran Malaysia komited di dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya di dalam pasaran kerja berteraskan nilai Islam yang kukuh. 

Pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah mengumumkan Model Pendidikan Islam Ulul Albab diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014.

Hala Tuju TMUA

TMUA merupakan nilai tambah kepada sistem pendidikan Agama yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Murid-murid yang lahir dari sistem ini dijangka akan memenuhi keperluan sumber tenaga profesional yang hafiz serta mempunyai pegangan agama yang kukuh.

Objektif TMUA

  1. Menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
  2. Profesional serta mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
  3. Berketerampilan, berwibawa dan berkepimpinan.
  4. Mengoptimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif.
  5. Boleh menjalin hubungan dengan Allah SWT, sesama manusia dan melestarikan diri dengan kejadian alam berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Pendekatan TMUA

Pendekatan TMUA terbahagi kepada tiga aspek iaitu:

  1. Quranik: Murid menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta memahami kandungan berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar (BIFFAS). Murid akan mempelajari serta mengikuti mata pembelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran.
  2. Ensiklopedik: Menyediakan kaedah asas kepada murid untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk pada masa akan datang.
  3. Ijtihadik: Menyediakan murid yang berupaya memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif.

Penawaran Mata Pelajaran

Berbeza dengan SMKA, TMUA menawarkan 4 kategori mata pelajaran iaitu;

Mata Pelajaran Teras

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Pendidikan Islam
  5. Matematik
  6. Sains

Mata Pelajaran Wajib

  1. Geografi
  2. Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi
  3. Pendidikan Seni Visual
  4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Subjek Tambahan

  1. Bahasa Arab
  2. Bahasa Antarabangsa (mengikut SMKA masing-masing seperti Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis)

Subjek Tahfiz

  1. Hifz Al-Quran
  2. Maharat Al-Quran

Senarai SMKA Aliran Agama di Malaysia

Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia yang dibahagikan mengikut negeri:

Johor

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd Yassin
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pagoh
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat

Kedah

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan

Kelantan

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah

Melaka

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Perak

Negeri Sembilan

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said

Pahang

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lipis
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang

Perak

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah

Perlis

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah

Pulau Pinang

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (L) Al-Mashoor
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad

Sabah

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Keningau
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kimanis
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali Ranau
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran

Sarawak

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Miri)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu (S)

Selangor

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah

Terengganu

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Durian Guling
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Abang
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah

*sumber data: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 

Senarai SMKA Aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang melaksanakan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Malaysia:

Johor

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar

Kedah

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah

Kelantan

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tok Bachok

Negeri Sembilan

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail

Perak

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian

Perlis

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau

Pulau Pinang

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Abdullah Fahim

Sabah

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu

Sarawak

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  1. SMA Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan Putrajaya

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya

Info Lanjut

Untuk info lanjut layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)

Anda juga boleh ikuti Sosial Media KPM berikut untuk maklumat terkini;

Soalan Lazim PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) AMBILAN SESI 2025/2026

Bilakah tarikh permohonan SMKA sesi 2025/2026 dibuka?

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP dan SMKA) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024.

Bagaimana cara membuat permohonan SMKA secara online?

Permohonan kemasukan SBP boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada pautan berikut:
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/

Apakah tarikh-tarikh penting yang perlu diingat?

Tarikh Permohonan: 1 Ogos – 8 September 2024

Tarikh Semakan Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus:
– Tingkatan 1 (PKSKT1): 13 September – 17 Oktober 2024
– Tingkatan 4 (PKSKT4): 13 September – 3 Oktober 2024

Lihat Juga:
Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2025 Secara Online
Permohonan SBP 2025: Kemasukan Tingkatan 1 & 4 Sesi 2025/26

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments